Thursday, September 30, 2010

Program kak long

Kesian anak mama sebab semalam rupanya ada program di sekolah dia. Mama pun tak faham masa kak long cakap pagi nak hantar dia ke sekolah tuh. Mama ingatkan program khatam Al-Quran sahaja, rupanya ada penyampaian hadiah sekali.

Nasib baik atuk pengasuhnya nak jadi wakil parent untuk kak long kalau tidak mesti kak long sedih jer sebab parent pelajar lain datang tapi mama papa takde..sorry ye sayang. Actually kak long menang dapat hadiah pertandingan hafazan, kuiz agama dan membaca jawi. Sebab tu bila mama jemput anak petang tu tengok ada 3 hadiah kak long dapat.
Sedang buka hadiahnya, nak tunjuk kat papa yang baru balik kerja.
Kak ngah jadi pembantu la, sebab dia pun sibuk nak suruh kak long buka cepat.
Baby Riyadh pun nak tumpang sekaki..dia geram nak gigit kertas pembalut tuh.
Semoga anak mama happy selalu dan berjaya dalam hidupnya. Luv u all.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.