Tuesday, February 3, 2009

Birthday MamaOdahiloh

Alhamdulillah, semalam 02.02.2009 genap usia mama 32 tahun. Dah tua rupanya tapi bagi mama bila makin meningkat usia, semakin seronok kerana boleh memikirkan semula sikap kita pada masa lalu samada yang baik atau yang buruk. Harapan mama semoga hidup sentiasa dilimpahi rahmat dan keluarga terpelihara.
Malam tadi papa buat surprise kat mama, ajak mama makan luar. Katanya tak payah masak sempena birthday mama. So lepas maghrib bersiap-siap keluar dan papa bawa ke Hotel Alson Klana. Mama ingatkan dia nak buat apa kat sini, rupanya dia dah reserve table untuk celebrate birthday mama. Terharu rasanya dan mama rasa malu pulak bila chef hantar kek birthday ke meja. Rupanya papa dan plan semua ini. Thanks papa for all.
Cheese Cake pilihan papa dah order. Sedapp...
Selepas selesai makan, baru nak potong kek. Sibuk anak-anak suruh mama potong cepat.Kakitangan hotel tolong ambilkan gambar. Diaorang sibuk nak mengusik Shiloh tapi adik ni garang sangat. Mama dengan kakak order chicken chop, papa makan fish and chip, shiloh makan mushroom soup dengan garlic bread jer la.
Sebelum berangkat balik rumah, adik dengan kakak berlegar-legar di lobby hotel. Penat mama ngan papa kejar diaorang ni. Especially shiloh, tak mahu duduk diam betul.Dua beradik ni tunggu papa ambil kereta. Lepak kejap kat depan entrance.
Lega semua dah selesai. Kalau ikutkan shiloh tak mahu balik tu, itu pun papa angkat dia masuk kereta. So lebih kurang jam 10.00 malam balik rumah di Seremban 3. Happy moment and never forget.

4 comments:

vogue2704 said...

Selamat hari jadi..semoga tahun nimemberikan banyak kegembiraan dan ketenangan..dan semoga mencapai apa semua yang dicitakan..hehe..32 dah kan...bestnye bila ingat2 zaman2 dulu hehe

Ummi... said...
This comment has been removed by the author.
Ummi... said...

zila..hapey besday ekkk....aku ingat tau...cuma luper tarikh jek ekkekekek...semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan anak-anak yg soleh & solehan...amin...

~Ummi Mujahid~ said...

Salam zila..

happy befday ye..
sama ngan sa, ngan kak shima kan date nih??
moga tercapai apa yg diidamkan dlm berkat hidup seterusnya..

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.