Wednesday, February 18, 2009

Kak Long buat homework

Setiap malam kak long mesti ada homework nak kena siapkan. Bila mama suruh buat di rumah pengasuh dia tak mahu. Agaknya dia nak mama papa tengok dia buat kerja kot. Tapi mama kesian pula sebab kadang-kadang banyak juga homework dia kena buat. Ermm..baru sekolah tadika dah macam ni kalau masuk primary school nanti macam mana la pulak.Tengah tekum buat kerja mama tak mau la kacau. Cuma duk perhati jela naper la kak long tak boleh guna tangan kanan, means kidal la. Mama cuba ajar tapi tak boleh jugak, faktor genetik jugak la tu jawabnya. Sebab mama dengan papa dua2 kidal.
Kalau adiknya tak kacau boleh la kak long siapkan awal homeworknya. Kalau tidak mesti menjerit2 marah sebab adik dia pun nak tulis jugak.
Adik sedap lepak depan tv je. Tengah layan blues kot..hehehe..bila mama snap sempat senyum tu. Ini dah kepenatan sebab macam2 aktiviti dia dah buat.
Main handphone tengok gambar sendiri. Suka la tu sebab nak main dengan kak long, tengah buat homework pula. So adik main handphone jela. Tapi handphone papa la..kalau handphone mama..memang mama tak kasi punya sebab dia mesti nak ketuk2..erm...shiloh..shiloh..
Termenung sebab mama marah dia main alas meja tu. Berapa kali dah mama letak balik, dia mesti nak ambil semula. Sebenarnya macam ni la tabiat kanak-kanak sebaya adik ni, tak boleh tengok benda tersusun skit, mesti dia nak tolong kusutkan. Tapi takpe dah letih main nanti, dia tidur lena la sampai pagi, mama ngan papa juga yang senang sebab esok awal pagi nak kena bangun pegi kerja.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.