Tuesday, March 24, 2009

Badan Sihat Idaman

Ada orang kata sanggup menghabiskan duit untuk nampak cantik. Ada orang suka berhabis untuk nampak hebat dan ada juga yang sanggup berhabis untuk jadi sihat. Yang mana satu pilihan anda? Mama juga telah diajukan soalan yang sama dan sebenarnya tidak ramai yang sanggup berhabis untuk nampak sihat sebaliknya lebih sanggup menghabiskan duit supaya nampak cantik dan hebat. Tetapi hakikat yang kita kena terima adalah, walaupun banyak duit, badan tidak sihat, semuanya tidak memberi makna.
Kalau diluaran badan kita disaluti dengan barang kemas yang mahal dengan pakaian yang mahal dan indah, tetapi bila dibuat pemeriksaan kesihatan, kondisi kita tidak baik, adakah berbaloi kita bertungkus-lumus mengumpulkan wang untuk kemewahan? Semuanya ada pada diri kita sendiri. Mama pun terfikir juga tentang perkara ini tambahan pula zaman sekarang ni macam-macam penyakit dihadapi oleh manusia.
So, sebaiknya kita kena buka minda kita untuk mengutamakan kesihatan daripada kebendaan yang tidak kekal ini. Sekiranya kita belanjakan wang untuk membeli barang kemas yang beribu itu kepada membeli produk kesihatan, alangkah baiknya. Ini kerana bila badan sihat, apa kita nak buatpun, insyaAllah tidak ada masalah. Kecuali soal mati, semuanya ditangan Allah tetapi sekurang-kurangnya semasa hidup kita menghargai badan kita.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.