Tuesday, March 10, 2009

Sambutan Maulidur Rasul

Selamat menyambut Maulud Nabi pada hari Isnin 9 hb Mac 2009 adalah merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W iaitu pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Kebanyakkan tempat di seluruh Malaysia membuat sambutan hari keputeraan baginda. Alhamdulillah mama dan keluarga pun dapat mengikuti sambutan ini di Kampung mama malam tadi. Seronok juga bila dapat berselawat beramai-ramai sebab kalau bukan maulud nabi kita cuma akan berselawat macam bila kenduri kan?..
Ceramah maulud malam tadi di sampaikan oleh seorang pensyarah dari USIM, Nilai iaitu Ust. Zulkifli Muhammad Al-Bakri. Penuh pengisian dan seron0k juga mendengarnya walaupun mama bukannya nampak muka ustaz tu just suara je la. Muslimin bila duduk belakang memang tak nampak la.
Sambil2 tu mama duk perhati kerenah odah iloh ni. Takut juga kalau dia panjat2 tembok kat masjid tu. So mama snap la beberapa aksi diaorang.
Buku ilmu tasawwur yang ditulis oleh ustaz ni. Along dan angah dah beli buku ni, mama nak beli tak bawa cash pulak,rugi rasanya.Shiloh dah bosan, gigit tudung mama la kerjanya
Tengok muka mama sebab tau mama pegang handphone
Kak long seperti biasa posing maintain je la.
Ikut abang lokman nya ajak gi main
Cuba nak capai apa yang ada kat notice board tu
Tengok aksi abang2 tu panjat tembok, nak try ke?Kepenatan, minum susu akhirnya...
Lepas habis majlis, mama balik rumah mak, pack barang nak balik Seremban pulak. Letih betul sebab esoknya nak kerja. kak long kena sekolah, baju pun tak gosok lagi. Keletihan malam tu bila sampai Seremban, papa je angkat barang, mama ngan anak2 dah tidur. Sorry papa tak tolong..!!

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.