Friday, October 17, 2008

Relaks kejap

Assalamualaikum, hari ini pagi kelam kabut dengan penyediaan dokumen sempena hari Audit Dalaman ni. Rekod semua sudah update so boleh la hantar tapi harap2 jgn ada sebarang nonconforming sudah la.. kemudian tanda paper latihan budak2 ni. Mesti minggu depan diaorang dah bising nak tengok markha masing-masing..erm..ntah la bebudak ni..semoga berjaya la semua nanti.

Waktu rehat tengahari mama pergi berurut badan la. Sakit2 badan ni dan bila dah diurut tu, leganya rasa tuhan je yang tahu. Memang ada masalah skit rupanya kalau mama tak jaga memang jadi penyakit la. Erm alhamdulillah dan rasanya nak pergi urut lagi la nanti sebab acik tu kata kalau tak jaga badan ni nanti buncit la perut..hehehehe.... tapi sakit wooo...meletup2 dibuatnya...

Petang ada meeting pulak tapi sekejap je dalam 1 jam untuk persediaan Family Day esok di Melaka. Seronoknya dapat bercuti ramai2 ngan staf, buat aktiviti ringkas2 je pastu boleh lepak2 ngan family dan kawan2. Erm tapi mama kena balik awal kot sebab ahad kak long ada bertanding nasyid la pulak. Ok nak pergi solat kejap sebelum balik so nanti bila sampai rumah boleh terus main2 dengan iloh.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.