Sunday, October 16, 2011

Validasi

Lama sungguh mama tak update blog ni. Takda kesempatan lagi nak berblog...by the way rindu juga nak kongsi cerita ngan kawan2 semua.. minggu depan mama nak kena validasi untuk kenaikan pangkat..hari rabu..berdebar juga ..sebab tak tahu siapa yang akan datang untuk interview... mama cuma berdoa semuanya berjalan lancar..
kalau dengar pengalaman kawan2 yang sudah interview minggu lepas, ada yang menenangkan jiwa..dan ada juga group yang menakutkan juga..erm..semuanya bergantung pada rezeki lah.. mama cuba kuatkan semangat..kalau ade rezeki dapatlah naik gred tahun depan..kalau tidak..kena la usaha lebih baik lagi..
kalau memikirkan bebanan kerja sekarang ini, mama memang tak boleh nak cover semua..tak tahu la kenapa pengurusan organisasi macam ni.. kalau senaraikan kerja nak kena buat..memang boleh pengsan rasanya..tapi nasib baik staf di sini banyak membantu..dan faham tanggungjawab yang kena pikul...
kalau pikirkan dari segi bunyi jawatan memang sedap jer.. pegawai kanan..pastu tanggung kerja ketua jabatan..tapi kalau tugas yang kena pikul tak rasa macam kita ni berjawatan..kerana semuanya perlu dilaksanakan secara sendirian..apa yang boleh mama buat..share ngan kawan2 jer.. sbeab itu bila nak kena validasi ni ada sikit tekanan dari segi preparation... tak sempat nak buat..tapi hopefully apa yang mama buat selama ini ada kebaikannya.. hanya Allah yang maha Mengetahui atas segalanya..

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.