Thursday, October 20, 2011

Legaaa....

Alhamdulillah validasi dah selesai, kalau ada rezeki ada lah.. yang penting sudah usaha..tapi kalau tak berjaya agak kecewa juga..tapi kena kuatkan semangat untuk mencuba lagi..

kawan2 mama semuanya sudah selesai validasi..mungkin ada kolej lain yang belum selesai..harap2 semuanya berjaya. Soal rezeki ni kadangkala sukar diramal..tapi yang penting persediaan.

Tak tahulah kenapa mama macam blur ssahaja masa mula2 diaorang tanya..agaknya gabra kot..isk..isk... sampaikan dia tanya berapa ramai student pun mama jadi lupa dah..erm..ntahlah.. yang lain nya nampaknya telah dilengkapi dalam folio cuma bimbang juga..saingan ramai tahun ini.

Bos mama siap telefon tghari tu tanya macamana?..mama kata ok jerlah..tapi tak tahulah macamana..kalau ada rezeki dapat la..so bos mama pesan..kira ok lah tu..so u rilek dulu..esok mula smula  buat kerja macam biasa..aduih... letih gak bila nak fikirkan kerja ni..padahal masa nak kena validasi tu pun sempat gak mama uruskan masalah kat PSH sekejap..erm...dugaan bekerja macam ni lah.

malam tadi rasa macam nak demam..mama rasa badan mama terlalu letih sejak dua menjak nih...rasanya nak kena ambil cuti..tapi tak tahu bila sebab banyak kerja nak kena buat..semoga mama kuat semangat..insyaallah..dan tak lupa terima kasih mama pada anak2 yang doakan mama, papanya walaupun tiada disisi pagi hari mama validasi (sbb gi ganu tgk bola..nasib baik menang..), [astu kawan2 mama semuanya support..love u all..sampai kat kolej..staf semua wish good luck..jadi kuat semangat sikit..alhamdulillah.. dan berusaha...doa kena slalu..dan akhirnya tawakal jerlah apa keputusannya.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.