Friday, July 13, 2012

Sambutan Ramadhan

Hari ni kolej buat sambutan Nisfu Syaaban dan juga kedatangan Ramadhan. So banyak pengisian yang diberikan lebih kepada persediaan menghadapi kedatangan ramadhan dan amalan2 yang sebaiknya dilakukan pada bulan Ramadhan. Sayu dan gembira pula rasanya mengenangkan Ramadhan telah tiba dan memikirkan adakah berkesempatan pada tahun hadapan untuk menyambut Ramadhan lagi. Semoga bulan mulia ini dapat dimanfaatkan sebaiknya. Sebenarnya hati mama masih mengenangkan kenangan di Tanah Suci. Alangkah bahagianya jika dapat menyambut Ramadhan di sana. Hanya Allah Maha Mengetahui perasaan rindu mama untuk menjadi tetamu Allah di tanah suci. Kadang-kadang mimpi datang juga seperti masih berada di sana. Maha Suci Allah yang mengurniakan nikmat sepanjang berada di sana hingga terbawa-bawa kenangan itu hingga kini. Namun sebagai hambaNya di mana jua amalan mesti dipertingkatkan. Semoga mama dapat mengubah diri menjadi lebih baik pada bulan mulia ini.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.