Wednesday, July 4, 2012

Kak Long Nasyid

Sabtu minggu lepas, 30 Jun 2012, kak long masuk pertandingan Ihtifal KAFA peringkat Zon di Seremban. Masuk nasyid..tapi bukan solo..hehehe..so mama kena kejutkan awal pagi untuk kak long bersiap. Baju nasyid dah siap gosok awal2 lagi...mama ingatkan mama sorang jer nak hantar dia..pastu papanya pun nak ikut..adik pun bangun...angah pun bangun..habislah semuanya ikut walaupun belum mandi..tapi bukannya nak hantar ke mana pun..hantar kak long naik bas kat sekolah dia jer..
 posing awal pagi..sebelum masuk kereta
 adik tumpang sekali
 anak mama yang excited nak bernasyid nih...
 sebelum tutup pagar..papa muncul..nak ikut katanya..hehe
 Nasyidnya bermula...
sedap juga lagunya...

Kak long bertanding di Sekolah Kebangsaan Wawasan di Seremban 2. Suka sangat dia..maklumlah masa tadika dulu dia memang masuk nasyid sampai peringkat kebangsaan..so mama dan papa tukang komen la..kali ni kaklong jadi backup singer..hehe..yang lain semuanya darjah 5..dia sorang jer darjah 3.

Keputusannya..sekolah kak long jadi juara nasyid..seronok sangat dia...mama papa pun suka tgk dia macam tuh. Buatlah apa2 yang manfaat untuk dia..lepas habis kak long bertanding terus balik kampung. Kawan papa kahwin kat Kuala Pilah, pastu Ahad pun opismate mama kolej lama dulu kenduri gak..so banyak jemputan la area kuala pilah. As usual..jammed giler nak balik pilah...eeeee..letih betul..tapi takpe sabar.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.