Wednesday, September 23, 2015

SElamat Hari Raya Aidiladha

Syukur alhamdulillah pada hari ini ramai yang menunaikan ibadah puasa sunat arafah.Mengikut maklumat yang mama baca waktu mustajab doanya pada hari ini adalaj dari jam 5.30 petang hingga 11 malam..kalau tidak silap lah..so kita mintalah apa yang terbaik untuk diri kitaa dan saudara2 kita.

Esok umat Islam akan menyambut Aidiladha..mama masih dalam keadaan berpantang sebab chicken pop nih..takpe yang penting berdoa cepat sembuh. Tiada apa perkara yang paling mama rindu nak buat adalah memeluk dan mencium baby mama puas-puas bila sehat. Buat masa ni mama korbankan dulu rasa ni..bak kata orang sabar tempoh singkat ini demi memastikan anak sehat selamanya.

Takde ape baju yang nak dikemaskan sebab anak semua dah ready. Raya haji pun just ke masjid solat hari raya then balik. Tahun ini balik PD dulu so pastinya tiada aktiviti yang nak dibuat..just duduk rumah jer. Mama pun bukannya sihat nak keluar sana sini. Tapi yang penting Jumaat balik kampung ade bbq yang sibuk hubby ngan birasnya rancang..ntah jadi atau tidak, mama tetap kena berpantang..tapi seronok dapat jumpa adik beradik walaupun mama tahu teruk kena kutuk kesan chicken pox..suka hati korang lah..mentang2 masing-masing dah kena masa kecik ye..mama sorang jer yang tua baru kena..it's ok..i'm ok jer..

Bila sakit kita tahu siapa kawan kita ye..mama dari masa bersalin lagi sudah perasan siapa yang bertanyakan khabar atau yang tiada apa-apa pertanyaan pun..cumanya mama rasa kita masih kena optimis. mungkin kawan kita kurang prihatin atau mereka mempunyai masalah sendiri yang tidak dapat memikirkan hal orang lain..boleh jadi juga begitu. kerana tidak semua orang dapat memikirkan pelbagai hal dalam satu masa. mama juga kadang-kadang begitu cuma selagi boleh mama cuba juga bertanyakan keadaan kawan kita kalau tak mampu nak dtg ziarah..orang sakit ni cukup lah orang ambil berat..itupun dah seronok baginya..tak semestinya nak ziarah..moga mama pun berubah menjadi orang yang lebih baik..insha Allah,

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.