Thursday, January 7, 2010

Perubahan rutin kak long

Sekarang ni rutin mama papa pun sudah berubah dan alhamdulillah kak long suka pergi sekolah. Hari pertama, lepas waktu rehat cikgu dah tetapkan pertukaran kelas untuk kak long dan 3 orang kawan dia. So bila hari Selasa kak long dapat masuk kelas pertama, alhamdulillah. Kalau ikut taklimat guru minggu lepas, memang akan ada saringan untuk menapis pelajar tahun 1 untuk diletakkan mengikut kelas tertentu. Mama papa rasa elga la jugak sebab at least kalau dapat kelas yang bagus nih, sekurang2nya kurang tekanan dia nanti. Guru pun kurang la garangnya sebab budak kelas tuh dah boleh membaca dan menulis.

Apa yang mama papa pesan pada kak long, jangan buat perangai malas dia masa kat tadika dulu. Sebab mama memang tahu kak long kalau kerja sekolah bab menulis memang dia malas sangat. Selalu kena marah so mama pesan pada kak long kalau dia malas siapkan kerja penulisan yang cikgu bagi nanti jari kena ketuk. Kalau cikgu ketuk jari kak long jangan nak ngadu ngan mama papa sebab nanti mama papa tambah lagi.

Apa yang mama papa gelihati tengok kak long sekolah sebab dia hari pertama dan pesan tak payah teman dia sampai ke kelas. Hantar odah kat pintu pagar jer sebab kak long tak takut pun nak pergi kelas sendiri. Erm, lega juga mama at least bila dia balik papanya tunggu kat gate dan kalau lambat seminit pun kak long bising. Adik pula kesian sebab tiap2 pagi nangis nak ikut kakaknya pergi sekolah especially botol air kak long. Adik berkenan sangat dengan botol air tuh. Nantilah mama papa belikan botol kecil untuk adik pula. Minggu depan baru start kelas petangnya, tak tahu la kak long macamana, letih ke tidak dia..tapi takpe bak kata guru sekolahnya beri semangat kepada anak supaya berdikari di sekolah baru...hehehe..so macam2 tips la mama ajar kak long. Hopefully dia boleh belajar dengan baik kat sekolah tu, insyaallah.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.