Wednesday, January 13, 2010

Musim Denggi

Subhanallah, jauhkanlah sebarang kesulitan dari keluarga ini. Mama sepanjang minggu lepas hingga ke minggu ini ramai keluarga terdekat terlibat dengan penyakit dan kematian. Minggu lepas mertua mama dimasukkan hospital, suspek denggi, adik ipar pun sama. Semoga mereka cepat sembuh dan alhamdulillah adik ipar dah keluar dan ayah belum boleh keluar lagi. Semalam pun mama pergi tengok ayah lagi, so far demam dah kurang tapi darahnya problem lagi. Ntahla agaknya musim kot skang nih, so mama ambil pendekatan berjaga-jaga la untuk anak-anak.

Isnin hari tu, mama pergi ke Taiping sebab mak saudara meninggal sebab sakit kanser otak. Actually mama dah pergi tengok masa sakit tuh, dan lepas tu mak saudara tu buat operation dan koma. Lastly mama dengar dah meninggal so malam tu juga bergerak ke Taiping dan nasib baik bos benarkan. Hari Selasa masuk kerja semula sebab hari ini pendaftaran pelajar baru. Erm sebab tak ramai sgt so takde la letih sgt walaupun mama in charge makanan, tapi member ada tolong, alhamdulillah.

Mama telefon mak kat kg, mak kata kak ngah punya adik ipar yang kat Miri pun demam jugak dan terkena virus. Tak tahu la sekarang nih agaknya musimnya. Memang menakutkan dan hari Ahad minggu lepas, jiran mertua saya meniggal secara tiba-tiba. Itulah dikatakan ajal, tak kira orang sihat pun boleh pergi dulu. Oklah, mama nak kemas meja sebab esok cuti so boleh relaks skit. Ini pun baru habis beri taklimat peperiksaan kepada pelajar baru. Plan Jumaat ni nak pindah duduk bilik mama sendiri. Masalahnya tak sempat nak kemas barang2 nih untuk pindah bilik. Mama tak larat nak angkat barang. Semuanya nak kena minta bantuan rakan staf lain dalam keadaan perut membesar nih.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.