Thursday, January 21, 2010

Check-up

Selasa kelmarin mama kena pergi checkup..biasalah mesti tak dapat nak ikut tarikh sebenar. Kalau ikut appoinment hari Isnin, tapi ada kelas, so pergi esoknyalah. Nasib baik mama datang awal sebab dia tidak terima kalau tukar tarikh..ntah apesal..mama pun tak tahu. Tapi nurse tu minta mama jumpa dulu nurse yang akan akan check mama, so dia lulus, barulah mama dapat nombor untuk turn check-up. Agaknya sebab klinik ni ramai sgt orang, so dia kena limitkan jumlah patient dalam 1 masa kot.

Hasil checkup seperti biasalah, mama memang ada masalah over weight. Dari mengandung kak long dulu sampailah yang sekarang nih. So kalau ikut experience yang dulu, mama kena ulang alik minum air gula, lepas tu check darah 4 kali 1 hari di hospital. Tapi keputusannya, alhamdulillah tiada masalah gula tinggi. Untuk yang ke-3 ni tak tau la kena buat macam tu ke tidak. Tapi mama kena datang semula 2 minggu lagi, appoinment dengan doktor la..untuk observe weight. Ntahlah berat naik salah, tak naik berat pun salah. So next appoinment 2.2.2010..huhuhu...birthday mama tuh..kena jumpa doktor la pula. Harap2 jgn lah mama kena minum air glukos tuh..sudah serik lah..nak muntah rasanya..manis sgt.

Planned nak bersalin swasta..tengoklah kalau ada rezeki, tercapai la hajat. Kalau tidak sama lah macam yang dulu, hospital kerajaan pun ok jugak. Sebenarnya experience di hospital nih..rezeki masing2 la..so far mama dapat layanan yang baik. Bukan sebab kita patient 1st class, sebab ada juga yang kena layanan yang tidak memuaskan, tetapi rezeki mama kot ada yang sudi membantu. Maklumlah operation kena duduk sampai 3 hari baru boleh keluar. Takpelah yang penting semuanya selamat. InsyaAllah kena doa banyak2 lah. Mama takut jugak nak operate kali ke-3 nih..erm..ape rasa ekk...

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.