Sunday, January 3, 2010

Pendaftaran Sekolah

02.01.2010 bersamaan Sabtu adalah hari pendaftaran sekolah bagi tahun 1. Memandangkan daftar pukul 8 mula, so bangun lambat la jugak. Lepas mama papa siap, barulah kejutkan kak long ngan adik. Excited kak long pakai uniform baru, kelakar pulak sebab mama papa bila tengok anak dah pakai baju sekolah, sedarlah diri ni dah tua rupanya.
Gaya kak long di dalam kelas sementaranya. Seronok dia tengok banyak poster gambar tuh..
Selepas selesau sesi taklimat dan aktiviti kak long di kelas pun selesai, so tunggu papa mendaftar.
Taklimat dari guru di sekolah kak long sementara tu pelajar kena masuk kelas, so parent tak boleh kacau aktiviti pelajar. Mama papa kena duduk dengar taklimat tapi adik sibuk ajak mama jalan2 kat sekolah tuh. Lenguh melayan dia dan adik ajak mama makan dulu la.. kalau ikut taklimat cikgu nih, pack juga jadual budak ni setiap hari. Erm, kesian mesti kak long penat nanti tapi nak buat macamana dah sistem pendidikan di Malaysia macam nih, kena la ikut juga.
Semasa baru sampai, terus hantar kak long ke kelas dia dulu dan parent diminta pergi mendengar taklimat tentang persekolahan anak2.
Kak long ngan adik posing dulu sebelum masuk dalam kelas. Adik yang seronok sangat, siap bawak botol air lagi, padahal mama beli utk kak long tuh...

Adik bergaya dalam kelas kak long. Suka sangat dia tengok kerusi kelas tahun 1 pendek2 jer, so dia boleh panjat la. Semua tempat duduk dia try nak duduk pastu tolak kerusi kesana-kemari. Ini mama ambil gambar sebab nak ajak dia balik sebab papa dah sudah beli buku kakaknya. Puas juga nak pujuk si kecik ni balik, suka kot dia tengok keadaan sekolah tuh.

Bila mama tanya kak long, dia kata seronok sebab sekolah tu besar. Pastu kak long cakap, minggu depan kalau mama papa takde pun takpe, kak long tak takut pun nak pergi kelas. Amboi eksyen dia, papanya duk risau je takut kak long nangis tapi mama rasa takde nangisnya, sebab kawan2 masa tadika dia ada. Actuailly kelas kak long tak tentu lagi coz ada program ujian utk tentukan kelas nanti sebab nak asingkan pelajar yang boleh membaca, yang kenal ABC jer, yang tak tahu langsung pun ada. ALhamdulilah kak long dah boleh membaca, harap dia dapat kelas yang baik lah. InsyaAllah.

1 comment:

Anonymous said...

ape name sek raudah nih?

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.