Wednesday, December 30, 2009

Hospital Taiping ke Ipoh

Hari Selasa mama masih on holiday lagi tapi kebetulan ayah ajak pergi Taiping tengok aidknya dah sakit tenat. Mama pun dah lama tak jumpa mak saudara papa tuh..sebab dia sakit kanser otak..sekarang conditionnya dah parah. So pagi hari kami semua bertolak ke Taiping..walaupun perjalanan jauh..takpe sebab nak lawat org sakit nih..memang dituntut dalam Islam dan banyak faedahnya..secara tidak langsung mengeratkan hubungan sesama saudara dan kita mendapat pengajaran atas kesakitan yang ditanggung oleh orang lain.

Tetapi perjalanan kali ni memang memenatkan m,ungkin sebab perut mama dah besar so nak duduk lama2 dalam kereta kira mencabar jugak la...sampai Changkat Jering ada road block pulak la tengah highway tuh..jauh berapa km la sesaknya...so bila sampai Hospital Taiping..sedang elok jer la pulak mak saudara papa tu dibawa ngan ambulan ke Hospital Ipoh sebab keadaan kritikal. So berpusing smula la ke Ipoh untuk ke hospital sana. Penatnya tuhan jer yang tahu..tapi takpelah mengenangkan orang sakit tuh..kita yang sihat nih..kena kuat semangat lah.

Sampai hospital Ipoh dah jam 6 petang..so waktu melawat sampai kul 7 jer..sempat la mama tengok. Adik ngan kakak terkedu tengok orang sakit terlantar macam tuh. Memang menyedihkan tetapi itu adalah bahagian masing2..kita pun tak tahu nasib kita macamana. Apa yang boleh mama buat mendoakan dan sedekahkanlah bacaan Al-Fatihah untuk yang menanggung kesakitan itu..semoga ada fadhilat disebaliknya.

Malam barulah nak bertolak bali ke N9. Mama sepatutnya kena kerja esok- Rabu tapi rasanya keadaan badan mama tidak mengizinkan...sampai rumah pun dah lewat so call ketua jabatan minta emergency leave sebab tak planning pun nak ke Taiping... nasib baik ketua mama consider..dan dapatlah rehat lama skit sebelum esok masuk kerja semula walaupun untuk satu haru jer. Next week nak ambil cuti lagi..kak long masuk skolah..erm..ini satu lagi agenda nak kena fikirkan nanti..

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.