Tuesday, December 22, 2009

Persiapan sekolah kak long

Malam tadi mama ngan papa spend time to shopping for kak long uniform. Excited la papanya bila tengok baju sekolah kanak2..erm..mama ambil jerlah mana yang muat utk kak long dan ada juga ambil 2 helai yang besar skit, maklumlah budak2 cepat membesar, nanti baru pertengahan tahun dah singkat baju ngan kain. So far harga masih ok ngan kualiti kain yang dijual. Berhabis dalam RM 300 juga malam tadi tambahan pula adik pun nak juga...so kena la beli beg skolah kecil untuk dia.

Kalau tengok harga sekarang, beg pun mahal, tambahan pula kak long nak beg barbie la..troli la..macam2 la kehendaknya. Tapi kelengkapan stationery mama tak sempat nak beli sebab pinggang mama dah sakit,,tak larat nak round lama. Adik pula boleh tahan lasaknya..erm..pening kepala tambahan pula bila mama nak acukan baju ngan kasut pada kak long...dia pun nak cuba juga. Layan jerlah..kalau tak bagi dia jerit pulak kat kedai tuh.

Bila habis shopping, makan time..punyalah lapar walaupun x sedap makanan tu..tapi telah jerlah. Terserempak pula dengan cikgu sekolah dulu..cikgu hamdan..memang slalu juga terjumpa dia..hehehe...sengih je dia tengok mama nak tambah sorang lagi..maklumlah perut dah besar.

Balik rumah semua tidur dengan lenanya sampai pagi..dan pagi tadi papa masuk kerja lambat sebab pergi sekolah kak long uruskan pembelian buku latihannya. 2 januari nanti hari orientasi dia...so mama papa akan temankan dia la..pastu pergi kenduri rumah pengasuhnya..ok..nak balik dah..esok sambung kerja lagik sebab mama tengah prepare tender kebersihan kolej..pening kepalo...

1 comment:

Ummi... said...

aku pun tak sabar nak tunggu anak skolah rendah nie....huhuhu pompuan mesti nak pink semua...adik tuh perangai sama lah dgn si marha tu, mana bleh sekat angin dio...

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.