Sunday, May 6, 2012

Kursus QA 18 hari

Hari ini mama selamat sampai ke EDC-UUM untuk kursus QA iaitu kursus wajib di hadiri bagi pegawai yang mendapat tawaran Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). Kursus ini akan bermula pada hari ini iaitu 6 Mei hingga 23 Mei 2012.


So maknanya lamalah mama stay kat Sintok ni. Kalau nak balik NS pun rasanya tak sempat sebab kalau tengok shcedule tadi, kelas hingga Sabtu. ahad sahaja baru dapat rehat. Erm sedih juga masa kat airport tadi tiinggalkan anak2 dengan nenek dan ibu saudaranya. Nasib baik iyadh tak menangis, kalau tak syahdu juga. Dah la papanya kena pergi kursus umrah tu, dan mama pun tak dapat nak join kursus umrah tu. So kena banyak membaca la di sini, mama pun dah bawa buku persediaan umrah tu.

Harapan mama kursus ini mama lulus dan dapat meneruskan pengajian pada hujung Ogos ini.
Mama tak jadi nak ke oversea, so dah prepare surat permohonan tukar lokasi belajar dari luar negara ke dalam negara, semoga permohonan mama diluluskan. Buat anak-anak mama, be a good boy dan girl. Jangan nakal-nakal, kesian papa kena jaga anak2 semua sesorang. Luv u papa atas restu melepaskan mama untuk meneruskan pengajian.  Semoga kita sekeluarga sentiasa dimurahkan rezeki.

1 comment:

Ummi... said...

zila...bila ko pergi umrah?..syoknyerr... nak jugak merasa pergi umrah nih...
nanti nak kirim.. kirim doa....
ya...

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.