Wednesday, June 13, 2012

Umrah 2012 Part 3

Part terakhir untuk dikongsi, zirah di Jabal Rahmah. Cerita bukit ini adalah merupakan tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah Allah meletakkan mereka di bumi dan di pisahkan selama hampir 200 tahun (wallahualam) di mana nabi Adam di letakkan di Pakistan atau sempadan india dan Hawa di Jeddah. Maka mereka bertemu semula di Jabal Rahmah. Sebab itulah kota Jeddah di sebut sebagai kota Jeddah atau maksudnya Nenek..iaitu tempat hawa diletakkan di bumi.
Kata ustaz mutawif, berdoalah di sini..tapi kena pasang telinga betul2 takut suami doa minta lagi satu..hehehe..gurau jer..

Wukuf di arafah...adalah tempat yang sangat luas di mana jutaan manusia berkumpul untuk menunaikan salah satu rukun haji. Memang saujana mata memandang...jutaan khemah yang lengkap...kaya betul Arab Saudi ini...dan bagi mama inilah rahmat di bumi yang Allah berkati ini.

Baitullah kali pertama melihatmu..hati rasa kagum dengan kebesaran Allah..dan aku bersyukur dapat sampai ke sini..

Bukit Marwah..selepas selesai umrah..duduk sekejap atas batu ini.

di pintu nombor 1 ..pintu Malek Abdul Aziz..kalau salah pintu..takut tak jumpa papanya..

Shopping mall di depan masjidil haram..tapi penuh islamik la..seronok tengok cenderahati di sini

Singgah sebentar di Laut Merah sambil melihat pemandangan..on the way ke airport Jeddah, dah nak balik Malaysia

Apabila tleah sampai ke Jakarta..ambil gambar pulau..banyak betul di Indonesia ni.

Ambil gambar selepas bangun tidur..9 jam dalam flight..lenguh satu badan..
Alhamdulillah,. khamis malam jumaat lebih kurang jam 8.45 malam, mama dan papa selamat sampai ke KLIA dari Jakarta lebih kurang 2 jam. Nasib baik transit di Jakarta flight tidak delay untuk ke KL. Mama pun dah tak sabar nak jumpa anak2 tersayang. Maklumlah lama juga mama tinggalkan diaorang..sebulan lebih..sebab sebelum umrah mama kursus di SIntok Kedah, 3 minggu..balik dari kedah selang satu hari mama bertolak untuk Umrah pula. Kesian anak2 mama..tapi mama tahu anak2 semuanya kuat semangat.

Terima kasih tidak terhingga mama kepada keluarga mertua mama dan pengasuh anak yang tidak jemu melayan kerenah anak2 sepanjang ketiadaan mama dan papa. hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua. Semoga ada rezeki pada masa akan datang untuk mama menjejakkan kaki ke tanah suci lagi, insyaAllah.

1 comment:

Ummi... said...

dah selamat ko sampai sanaya.. bagus..doakan aku pun cepat2 boleh sampai ke sana juga

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.