Friday, June 15, 2012

Medical Checkup

Pagi tadi kena buat medical check up untuk keperluan permohonan cuti belajar dan universiti ni. Nasib baik kawan husband doktor juga, so cepat la proses check-up nya..cuma result hepatitis B lambat sikit. So takpe borang tu just tinggalkan pada kawan papa..nanti dah lengkap dia call. Alhamdulillah semua berjalan lancar cuma satu lar..tangan mama lebam la pulak kesan ambil darah tu. Patutlah rasa skit jer tangan masa drive dari hospital nak balik ke kolej. Dah lebam rupanya..heheheh....takpelah asalkan urusan selesai.

Pasni nak siapkan borang-borang yang banyak ni...sampai lengkap..pastu nak submit kepada Unit Biasiswa dan Khidmat Pengurusan. moga kelulusan Ketua Jabatan dipermudahkan. Tak sabar nak sambung blaja pulak..letih rasanya kerja jer..nanti nak tukar angin baharu..hehehe..insyaaAllah moga jadi student cemerlang..hehe.. segan pun ada gak dah tua2 nak jadi student semula..tapi semangat punya pasal..teruskan jua.. Ok time nak nak solat asar sebelum balik..dah kul 5 nih..kang lambat lak sampai rumah.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.