Monday, June 11, 2012

Umrah 2012 Part 1

alhamdulillah perjalanan untuk menjalani ibadah umrah telah selamat pergi dan pulang. Mama dan papa memang menghargai pengalaman bersama sepanjang berada di sana. Walaupun papa telah pergi untuk kali ketiga tetapi ini adalah kali pertama sebagai suami..sebelum ni bujang ikut family.

Mama naik Garuda Indonesia..so kenalah transit ke Jakarta dulu..sepatutnya flight ke Jeddah pukul 5 petang tapi delay sampai 8.45 malam..jenuh juga menunggu di samping jemaah lain dari indonesia. Tapi mama anggap semua ini dugaan, so banyakkan bersabar dan beristighfar.
Sebelum naik flight Garuda Indonesia di KLIA

Transit di  Jakarta


Perjalanan dari Jakarta ke Jeddah mengambil masa lebih kurang 9 jam..mama sentiasa berdoa perjalanan berada dalam keadaan selamat. Sampai di jeddah lebih kurang pukul 3 pagi waktu di sana..dan di Malaysia mungkin pukul 8 pagi kerana cepat 5 jam.

So naik bas dari Jeddah terus ke Madinah lebih kurang 5 jam..penat juga..tapi semangat tinggi nih..sabar jer.. alhamdulillah sampai..dekat nak Zuhur, so check ini hotel..terus siap2 ke masjid Nabawi..memang menyoronokkan. Orang yang tiada pengalaman macam mama ni memang excited sikit..dan sentiasa berdebar2 bila sampai ke tanah haram ni. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan olehnya.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.