Tuesday, June 12, 2012

Umrah 2012 Part 2

Alhamdulillah, tiba di kota Madinah Munawarah..kota Nabi SAW yang sangat cantik dan membangun. Kenangan manis di Masjid Nabawi yang telah dibesarkan. Cabaran di sini adalah untuk memasuki Raudhah bagi kaum muslimat. Ada jadual yang telah ditetapkan, dan cabaranya terpaksa bergilir dengan jemaah lain yang tentunya berbadan besar dan tegap2. mama perbanyakkan doa semoga dipermudahkan untuk memasuki masjid nabi ini terutama di ruangan Raudhah untuk menunaikan solat sunat dan berdoa di sana. Alhamdulillah dengan kesabaran dan doa yang tidakp utus2..semuanya dapat dihadapi.



Ziarah ke Masjid Quba..merupakan masjid yang pertama di bina oleh Nabi SAW ketika tiba di kota Madinah. Ini adalah masjid yang dibina dengan penuh ketakwaan oleh kekasih Allah. Mama dan rombongan lain membuat solatdhuha dan solat sunat yang seberapa yang boleh atas keberkatan masjid ini.
Ladang kurma yang dikunjungi. Walaupun kurma masih banyak yang belum masak..sekurang2nya..sampai juga ke ladang ini.



Jabal Uhud
Peristiwa kekalahan di dalam perang uhud yang tempat bersemadinya sahabat2 nabi yang telah gugur semasa peperangan. Sejarahnya menyatakan, di bukit ini tentera pemanah telah bersedia dan nabi mengarahkan mereka memanah ke pihak musuh kerana dengan bantuan Allah SWT, musuh nampak silau dek panahan matahari yang terik. Apabila pemanah berjaya menyerang musuh, mereka turun dari bukit untuk mendapatkan harta yang ditinggalkan disebabkan oleh perasaan tamak, padahal nabi telah berpesan supaya jgn turun dari bukti tersebut. Akhirnya menyebabkan mereka gugur kerana serangan oleh musuh selepas itu. Ceritanya panjang dan menyedihkan, namun hanya Allah yang lebih mengetahui, Wallahualam.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.