Friday, April 27, 2012

Wacana Zakat dan Faraid 2012

Alhamdulillah, semalam 26 April mama berpeluang untuk menghadiri Program Wacana Zakat dan Faraid anjuran Pusat Zakat Negeri Sembilan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi. Pengisian yang sangat berguna kepada kita umat Islam tentang pemahaman keperluan zakat dan faraid dalam Islam. Umat zaman ini sudah banyak terpesong daripada kaedah faraid yang telah disyariatkan dalam Islam. Samada mereka mengetahui atau mungkin tidak maklum tentang faraid ini, wallahualam. 

Antara perkara yang menarik mama kongsikan disini adalah dari segi peranan penama di dalam sesebuah harta yang dimiliki. Contohnya penama di dalam KWSP, penama Tabung Haji atau lain-lain lagi, itu bukan bermaksud penama itu yang akan mewarisi harta tersebut, tetapi ia adalah sebagai pemegang amanah untuk melaksanakan faraid ke atas harta tersebut. Memang banyak isu yang dipersoalkan oleh penonton dan alhamdulillah semua situasi yang digambarkan banyak memberi pengajaran..tema program ini Negeri Sembilan Negeri Berzakat..masyaAllah semoga makbul.

 Majlis dirasmikan oleh Pengarah JAHEINS
 Ustaz Ghazali Ibrahim bicara tentang Faraid
 Ust. Ghazali Ibrahim adik kepada arwah penyanyi Rabbani..wajahnya dan gayanya serupa. Beliau juga merupakan ustaz di dalam rancangan "Tanyalah Ustaz" tv Al-Hijrah
Selepas Ust. Ghazali, tiba turn Ustaz Don dan Ustaz Badli Shah pula..untuk forum..meriahnya
 Belum start forum, penonton dah bangun ambil gambar dulu
 Forum bermula
 Pengacara tv Al-Hijrah jadi moderator..hensem anak orang ni

 Ustaz Badli Shah memang best..penyampaian yang jelas
Ustaz Don pun best juga..

Kesimpulannya, memang bermakna program wacana zakat dan faraid ini. Marilah kita umah Islam menunaikan zakat kerana melalui zakat kita dapat membantu umat Islam yang memerlukan. TIADA ORANG YANG BERZAKAT JATUH MISKIN sebaliknya rezeki makin bertambah kerana Allah telah menjanjikan ganjaran bagi setiap sen yang kita keluarkan. InsyaAllah.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.