Wednesday, April 25, 2012

Pecah rumah lagi??!!!

Isnin lebih kurang jam 6.00 petang, mama balik dari kerja dan terus ambil anak di rumah pengasuh. Semasa nak buka gate hati dah berdetik bila kunci pagar dah terlondeh..macam ada yang tak kena. Kemudian masukkan kereta ke porch tengok tingkap bilik sudah nganga besar2..hati dah rasa tak sedap. Mama dah terfikir adakah sejarah bulan lepas berulang lagi...akhir mama turun kereta..intai tingkap ternganga tuh..sah lah tengok barang dalam master bed room mama sudah bertaburan..Allahuakbar..mama istigfar banyak2.. memang sah rumah kena ceroboh lagi, Mama kuatkan semangat panggil jiran sebelah tanya kalau ada nampak apa2..tapi memang tiada saksi..dan mama call papa untuk balik segera. Dugaan datang lagi..mama pun tawakal jerlah..tak boleh nak kata apa dah...bersyukur mama sekeluarga tiada di rumah..dan barang dalam rumah tiada yang hilang kecuali tabung anak jer..sebabnya..mana ada barang berharga lagi sebab sudah kena curi bulan lepas..
 keadaan tingkat bilik mama..dengan lampu dan kipas terpasang
 gril tingkap telah ditendang hingga tercabut..
 barang berselerak sekali lagi...aduihhh penatnya nak kemas semula
 keadaan tingkap dari dalam rumah..memang menyedihkan
 siapa punya dajal la..dah takde kerja nak buat..
 alat kosmetik habis patah dan pecah..
 Almari solek pun di selongkarnya
 almari hiasan yang tiada barang berharga
bilik anakku kena selongkar juga

Polis datang kira2 11 malam..report dah buat kat Balai Polis pukul 8 malam tu. Penat rasa badan tengok keadaan rumah. Esok confirm kena ambil cuti sebab nak repair semula tingkap. Malam tak tidur bilik..just angkat tilam tidur di ruang tamu sahaja. Entahlah..apa nak jadi dunia sekarang ini.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.