Thursday, August 9, 2012

Selamat Tinggal Pejabatku..huhu

Hari ini terakhir di pejabat..so baru tadi nota serah tugas dah sign dan hantar kepada Pengarah..huhuhu..sedih pulak la rasanya.. cleaner pun tolong angkatkan kotak terakhir so petang ni nak balik just bawa bunga sahaja ke dalam kereta.
 Nota Serah Tugas hendak dihantar beserta dengan Fail Meja
 Ruang mama bekerja..sudah licin..tinggal kalendar jer..hehe
 Tempat selalu lepak dengan anak2 buah di opis.
Bilik mama...tinggal kenangan..jap lagi nak cabut nama..

Setiap nikmat yang Allah kurniakan memang perlu disyukuri. Mama dah mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang bekerja di sini..walaupun baharu genap 3 tahun. Tetapi memandangkan mama dan team yang awal dulu setup kolej ni..memang kenangan dan pengajaran yang rasanya mama takkan dapat dimana2 lagi selepas ini.

Teringat pula masa datang kolej ni tiada satu perabot pun..kosong..line telefon pun tiada, komputer internet lagi lah takde, sembahyang dan duduk atas tikar.. solat di bilik mesyuarat, bawa sejadah sendiri, tandas cuci sendiri, beli pencuci tandas kat kedai runcit hujung kolej ni, masuk bilik pegawai peperiksaan, mama beli karpet sendiri..hehehe... Pastu buat pembelian aset..beransur2 barang masuk ke kolej,...tetapi memang banyak pengajaran waktu ini..hanya Allah yang mengetahui ujian yang mama lalui. Tapi akhirnya mama yakin kesusahan yang diharungi ini telah dibalas dengan rezeki yang Allah kurniakan kepada mama tahun ini. Awal tahun mama dapat tawaran biasiswa untuk sambung study ni, bulan February mama dapat kenaikan pangkat, bulan mac dilantik Ketua Jabatan, Mei dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, bulan Mei-Jun kenangan indah menunaikan umrah dan rezeki yang sama ini juga telah dinikmati oleh sahabat mama pada tahun lepas..kak zai.. alhamdulillah kak..rasanya inilah nikmat yang Allah nak beri atas kesabaran kita dengan ujian yang dulu.

Semoga hari mendatang dapat diharungi dengan tabah dan bersemangat. Mama berdoa moga kolej ini terus cemerlang dan ukhuwah sesama staf bertambah erat..insyaAllah.. Moga mama dapat meneruskan pengajian dan tamat dengan jayanya..insyaAllah..

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.