Wednesday, August 8, 2012

Sebelum menjadi kenangan

Esok merupakan hari terakhir mama bertugas di kolej ini. Memandangkan lepas Hari Raya mama akan mula mendaftar di UPM, so mama kena habiskan cuti tahunan mama, kalau tidak kira burn macam tu jerlah. kalau boleh carry untuk GCR ok gak..tapi tidak dibenarkan. That's why mama dapat cuti awal untuk menghabiskan baki cuti mama. Secara tidak langsung dapatlah buat preparation nak raya nih..hehe..

 Ini adalah kotak yang terakhir untuk diangkut masuk kereta. Mama akan minta tolong guard atau pekerja kontrak lain untuk angkatkan. Mano larat nak angkat sorang2.
 Rak mama pun sudah clear..fail jabatan mama dah serahkan kepada anak buah mama untuk diberi kepada Ketua Jabatan yang baharu nanti. 
 Esok label nama ini akan mama tanggalkan dan simpan sebagai kenangan..ini adalah jawatan yang mama rasa mencabar kredibiliti mama apabila bertugas di sini...moga Allah mengampuni segala kekurangan sepanjang mama menjalankan tanggungjawab ini.
Tinggal bunga ini sahaja yang belum pack. Esok nak tinggalkan office, baru mama angkut sebab bunga hidup tu semuanya pemberian staf di sini.

Hati mana yang tak rasa sedih tetapi ini adalah pilihan mama sendiri. Semoga perjalanan mama bertambah baik selepas ini. Life as a worker akan mama tinggalkan dalam masa 2 tahun ini. Mama akan tukar status kepada PELAJAR ..atau lebih tepat pelajar tua..hehehe..

SO lepas raya 27 Ogos dah kena register di UPM dan kelas bermula 10 September kira ada masa nak prepared jadi student universiti semula. Teringat pula kenangan masa di UTM, memang susah betul masa tu dengan masalah kewangan, nak blaja lagi..dah la kena duduk luar..tapi semangat yang tinggi akhirnya mama dan kawan2 berjaya juga. Alhamdulillah..moga perjalanan untuk kali ini lebih mudah kerana mama dibiayai biasiswa KPT..tambahan pula gaji mama berjalan seperti biasa..alhamdulilah rezeki ni ya Allah..insyaAllah masalah kewangan itu tidak akan berulang...wallahualam.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.