Monday, June 15, 2009

XTVT sepanjang semester

Memandangkan sekarang ini cuti semester, mama pergi kerja pun tak tahu nak buat apa. Kalau nak ambil cuti sayang pulak. so mama tengok la gambar aktiviti kolej yang mama join sepanjang semester ini. Ini adalah antara yang mama join tapi tak dapat nak masukkan semua la.Ini adalah Kursus Pengurusan Jenazah bersama kumpulan Karyawan Malaysia. Kursus ini dua hari dan mama sebagai urusetia dapatlah join sekali sebab yang mengajarnya orang berpengalaman iaitu antara orang yang memandikan jenazah Allahyarham Tuanku Jaafar baru2 ni.
Mama tak cuba buat lipatan dan koyak kain kapan tu sebab ramai yang nak cuba so tengok je lah.
Ini pula Konvokesyen Peringkat N.Sembilan/ Melaka di MITC, Ayer Keroh selama 2 hari mama disana.
Ini pula jamuan birthday staff yang mana acara ini memang sentiasa dibuat bagi meraikan birthday semua staf kolej sebab tu mama banyak jamuan di kolej,,nyum.nyum..kenyang..
Ini adalah majlis penutup English Week yang disempurnakan oleh Ketua Jabatan sebab masa ni Pengarah takde. Mama bahagian cenderahati so kena bagi hadiah la..apo laei...
Ini pula adalah hari mengundi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar di kolej mama. Pensyarah pun kena undi..undi jelah sesapa pun...
Ini mama attend kursus asas berenang di Seremban. Seronok sangat sebab mama memang zero la bab berenang nih.
Ini adalah first lesson dan first day, so kena pakai life jacket dulu, sesi petang dah tak pakai jacket ni so kena fokus la arahan instructor kalau tak tenggelam.
Ini pula mama mengajar semasa Kursus Asas Word bagi pelajar sekolah rendah yang terdiri daripada pelajar darjah 4 dan 5 di sekolah yang berhampiran. Puas juga nak mengajar budak kecil ni, sabar kena lebih la...hehehe...tapi semua ini pengalaman yang baik untuk mama.

So mama rasa semester ini tidak membosankan disamping mengajar, mama kena buat macam2 kerja sampingan. Seronok kalau kita enjoy dengan apa yang kita buat. Minggu ini pun mama akan attend kursus membuat kek pula...hehehe... tak tahu la macamana nanti sebab kursus ni belajar buat Cheese Cake dan Tiramitsu. Wish me best of luck.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.