Monday, June 15, 2009

Basikal OdahIloh

Akhirnya berjaya juga papa odahiloh membeli basikal yang ada 2 seat nih. Tak puas hati papanya tengok adik ngan kakak berebut basikal kecil dalam rumah ni. So papa kata kat mama dia nak beli basikal yang boleh kakak carry adiknya untuk diaorang main dalam rumah. Basikal luar rumah takleh bawa masuk, nanti kotor pulak.So papa ajak mama pergi cari dekat Tesco pula. Dulu cari dekat Giant takde pula masa tuh. Mama malas nak berharap sangat boleh beli atau tidak takut habis juga. So nasib baik bila pergi tengok tempat basikal tu, memang ada 2 sahaja tapi satu tuh untuk display so ada satu jer tinggal. So papa terus angkat masuk dalam troli. Seronok sangat kak long sampai dia nak bawa basikal tu dalam Tesco. Puas la mama pujuk baru dia faham, so sampai rumah terus main ngan adiknya. Tu yang mama ambil gambar meliaht kegembiraan 2 beradik nih.Suka sangat adik dapat duduk belakang so tak payah kayuh just kakak carry je tapi yang kelakarnya kakak kata tak larat la mama adik berat...hehehe... takpela kak long asalkan korang berdua tak berebut basikal yang ada tu sudah so adik just duduk blakang, kakak kena carry juga kalau tidak adiknya bising la ajak kak long naik. Penat main basikal tengok citer upin ipin pulak, pastu lelap la. Lega mama dapat tidur dengan aman...luv u my daughters.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.