Monday, February 20, 2012

Sambutan Maulidur Rasul

Tarikh : 19 Februari 2012 (Ahad)
Lokasi : Masjid Kariah Lukut

Pagi lagi sesudah subuh mama sekeluarga mertua di Pantai Mas bersiap sedia untuk menyertai perbarisan sempena sambutan Maulidur Rasul di Masjid Lukut, PD. ayah selaku Iman 1 di masjid tersebut menggalakkan kami semua menyertainya. Excited rasanya nak berbaris sekali..mama angkut anak2 semua..

Jauh juga berjalan...tapi seronok la dapat exercise..berselawat sambil berarak..mengingatkan kita pada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Mama rasa program seperti perlu dilaksanakan setiap tahun untuk memupuk generasi akan datang supaya menghargai bulan kelahiran nabi.

 berdoa sebelum mula berarak
 kontigen dari sekolah pun ada
 AJK Masjid pun ada juga..
 Baru nak mula gerak..

Papa dukung adik..lambat sgt jalan..hehehe
Mama sedang bersemangat ngan kak ipar ku..senyum along...
persembahan dari pelajar Tahfiz
Persembahan marhaban dr masjid Lukut

Program ini mendapat sambutan ramai, ade ceramah dari ustaz,,best ceramahnya..pastu ada ucapan dari nazir dan Dun Bagan Pinang.. mama sibuk nak menidurkan anak la pulak..adik dah mengantuk..
lepas makan tengahari program selesai..balik rumah mak...tidurrrrrrrrr...lama...penat juga..petang kul 6 terus balik semban sebab nak prepare Isnin mama kursus di KL. Tinggal anak2 dan suamiku tersayang..jaga anak2 kita ek...luv u...

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.