Monday, February 20, 2012

Rumahku Diceroboh

Pada 17 Februari 2012, iaitu hari yang sama mama mendapat keputusan kenaikan pangkat tu, rumah mama dimasuki pencuri.Mama balik dari kerja, dah siap parking dalam garaj kereta, baru perasan yang sliding door mama ternganga jer..hati dah rasa tak sedap mama terus tarik anak2 keluar dari kereta dan lari keluar rumah,,pergi ke rumah jiran.

Bila mama perhatikan tepi pagar rumah mama dan tepi pagar rumah jiran mama kena potong, so memang confirm la pencuri masuk..erm...mama call hubby..dan hubby on de way nak balik..so dia call polis..mama tunggu jerlah luar rumah tu...dan minta pengasuh dtg tolong ambil semula anak mama sebab kak long dah menangis..dia takut kot...

Bila polis peronda sampai, dia masuk rumah mama dah check baru dia kasi mama masuk..erm..berterabur barang dalam rumah..isk berdebar jugak rasa. Barang yang hilang...erm..laptop, kamera, barang kemas dan juga basikal raleigh papa punya...huhuh...kunci motor dah beralih, tapi rasanya dia susah nak angkat kot..so tak dapat la nak ambil..memang hampeh punya penyamun..


alhamdulillah ramai kawan2 yang datang memberi sokongan, family mertua semua datang, kak zai dr bukit chedang pun datang..thanks friend, kejiranan seremban 3, YB Dun Mambau pun datang...erm..sebabnya adalah sudah 5 buah rumah kena pecah masuk dalam masa seminggu ni...ape kes nih...

Bila call mak kampung..betul juga mak cakap..pagi tadi mama call dia khabarkan pasal kenaikan pangkat mama, dan petang mama call bagi tahu musibah ni..so mak mama nasihatkan redha dan bersyukur kerana pencuri masuk time family semua anak beranak takde di rumah..nyawa lebih penting dari segalanya... Bila kita dikurniakan sesuatu nikmat, kadangkala ujian datang juga untuk melihat tahap kesabaran dan redha kita dengan apa yang berlaku.

Jumaat mama ambil cuti kecemasan, dah call pengarah malam tadi..dan pagi lagi dah cari kedai welding..sebab pintu dah tak boleh kunci..habis kena potong..so welding selesai, beli kunci baharu lagi.. tawakal apa yang berlaku..moga ada hikmah disebaliknya.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.