Thursday, February 16, 2012

Nota Serah Tugas

Alhamdulillah bersyukur dengan rahmat dan rezeki yang Allah kurniakan. Hari ini mama mendapat keputusan kenaikan pangkat. Semakin bersemangat nak bekerja dan mama harap rezeki yang diperolehi sentiasa diberkati. Nampaknya rezeki berganda..Januari dapat biasiswa februari dapat naik pangkat..syukur...
 Jawatan hakiki yang akan dilepaskan
tanggung kerja yang akan dilepaskan juga

Mama tengah preparekan nota serah tugas untuk jawatan hakiki yang mama pegang selama ini. Bila kenaikan pangkat, macam inilah situasi yang berlaku, walaupun penempatan mama di tempat yang sama, tapi kena lapor diri juga..dan serahan tugas perlu dibuat. Jawatan yang disandang memang takkan kekal..takpe yang penting gaji naik..demi keluarga tercinta..mama akan buat sebaik mungkin dalam perkhidmatan.

Kawan-kawan ada juga yang kena pindah bila naik pangkat..tapi disebabkan mama akan sambung belajar..so mungkin sebab itu mama stay di sini jer..alhamdulillah. Walaubagaimanapun kualiti kerja mesti dipelihara dan menjadi teladan untuk yang baharu. Sebelum mama sambung study, mama akan curahkan ilmu dan kemahiran yang ada untuk anak2 buah yang tinggal ni..moga mereka dapat membuat dengan lebih baik lagi.

Ketua Jabatan yang baharu mungkin akan masuk..so mama boleh rilekssssss...sikit...yahoo..tanggung kerja ni bukannya senang sebab kena jaga kerja hakiki..pastu nak buat kerja satu lagi. So pasni mama bley jadi pensyarah mengajar jerlah..hehehe..kalau boleh..harap2 Pengarah lepaskan.

Mama percaya sekiranya segala usaha yang kita buat selama ini ikhlas demi mencari rezeki yang diberkati, insyaAllah..rezeki yang lain pula akan datang kepada kita..semuanya ditentukan oleh-Nya. Walaupun ada individu yang cuba nak mematahkan semangat mama semasa bekerja ini, tetapi sokongan keluarga dan teman2 betul2 memberi semangat dan inspirasi pada mama untuk tabah menghadapi apa-apa cabaran pun. InsyaAllah mama akan cuba kekalkan prestasi dan cuba yang terbaik.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.