Syukur ke hadrat ilahi dengan limpahan kurnia dan rahmatnya ke atas mama sekeluarga. Anniversary 27 Dis 2013 ini mama raikan bersama anak2 secara sederhana sahaja...yang penting bersyukur. Mama rasa seronok dapat menghadiahkan papa benda yang memang dia nak sgt..tapi belum berkesempatan dan pergi beli..so mama dah mudahkan niatnya...semmuanya berkat izin Allah juga..
Harapan semoga ikatan berekalan hingga akhir hayat..yang membawa kami ke jalan syurga. Moga mama sekeluarga sentiasa dilindungi dan dilimpahi kasih sayang dah rahmat dari Allah. Sentiasa menjadi hamba yang bersyukur atas segala nikmat dan rezeki yang di kurniakan.
Thursday, January 2, 2014
Thursday, December 5, 2013
Kehidupan..
Ketahuilah sahabat2ku semua perkara di dalam pengetahuan Allah Taala. Dengan berdoa menjadikan kita hamba yang sentiasa memerlukan perhatian Allah Taala...dan ia juga membantu untuk kita merendahkan diri hidup di dunia ini kerana tiada suatu pun yang akan berlaku tanpa izin dariNya.
Setiap langkah, keputusan dan akibat yang berlaku kepada kita adalah kerana perbuatan kita sendiri. Sesuatu keadaan itu tidak akan berubah kecuali kita yang ingin mengubahnya. Oleh itu sentiasa berdoa mohon petunjuk darinya adalah senjata yang terbaik untuk memastikan Allah sentiasa bersama kita dan menghindarkan diri kita daripada menjadi riak atau takbur dgn merasakan setiap kebaikan yang berlaku dalam hidup kita adalah kerana usaha kita sendiri tanpa bantuan dari sesiapa.
Di akhir zaman ini, banyak perkara yang berlaku di luar pemikiran kita yang waras dan kadangkala sukar dikawal oleh akal. Hanya doa yang dapat dimohon supaya iman sentiasa di dada dan menjadi benteng untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang mungkar.

Tuesday, November 26, 2013
ke Kedah pulok
Minggu ni nak kena siap2 ke Kedah sekejap jer..memenuhi jemputan Pak ngah di sana...sepupu mama kawin...kalau ikutkan...xde masa nak pergi sana..maklumlah..projek tgh melambak tak siap lagi..tapi bila mak request ajak...oklah...mana boleh permintaan mak kan??...
Maybe Khamis malam baru nak ke sana...tidur perlis rumah SIL di Poli Arau....tak la jauh sgt ngan Jitra tuh,....maklumlah masa mama maktab Perlis dulu..situ jerlah kerjanya ulang alik...hehehehe... hajat hati nak singgah rumah kawan di Penang..tapi tak boleh nak janji..maklumlah bawa org tua..kalau dia dah x larat..semua tempat dia x mau singgah....mama tgk keadaan dulu lah..kalau ade rezeki..mama akak roger kawan di sana..sebab dah lama x jumpa..miss u a lot..ina..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Award dari Vogue2704
Ingatan Bersama
Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''
Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.
Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.