Thursday, January 2, 2014

Final Exam week

Minggu ini bermula final exam mama...first paper..malam sambut tahun baru selasa hari itu..ntah kenapa mama tak dapat menjawab dgn baik...sendiri rasa tidak puas hati..whatever it is..this is my destiny...go on..don't feel down...ubat hati sendiri nih..hehehehe


Jumaat ada paper Data Mining..all the best for me...jgn terlalu confident sgt..even mama rasa tak susah sgt..tapi kadangkala bila time exam..otak kita jadi lain..semuanya atas kelemahan diri sendiri...sepadan dgn usaha yang kita buat..Ya Allah permudahkan lah segalanya..last paper 12 Januari...

mama tidak risau sgt final nih..tapi lebih bimbangkan presentation proposal for final project on 9th January...hati rasa tak sedap jer...by the way..next week by monday mama nak jumpa supervisor...mintak khidmat nasihat..sbb tetiba jadi tak confident lak..pesal lak nih..

Bersyukur mama dikurniakan anak dan suami yang very undestanding...my hubby take a leave for two days..to managed my childrens school...especially kak ngah...first day bersekolah...mama tawakal jer..papa tolong tgkkan..dia beli makanan di kantin..dia naik bas sekolah...hopefully anak mama berdikari dan panjang akal untuk menguruskan diri..sebab mama mahu meningkatkan confident level dalam diri mereka...insyaAllah..

11th Anniversary

Syukur ke hadrat ilahi dengan limpahan kurnia dan rahmatnya ke atas mama sekeluarga. Anniversary 27 Dis 2013 ini mama raikan bersama anak2 secara sederhana sahaja...yang penting bersyukur. Mama rasa seronok dapat menghadiahkan papa benda yang memang dia nak sgt..tapi belum berkesempatan dan pergi beli..so mama dah mudahkan niatnya...semmuanya berkat izin Allah juga..

Harapan semoga ikatan berekalan hingga akhir hayat..yang membawa kami ke jalan syurga. Moga mama sekeluarga sentiasa dilindungi dan dilimpahi kasih sayang dah rahmat dari Allah. Sentiasa menjadi hamba yang bersyukur atas segala nikmat dan rezeki yang di kurniakan.

Thursday, December 5, 2013

Kehidupan..

Ketahuilah sahabat2ku semua perkara di dalam pengetahuan Allah Taala. Dengan berdoa menjadikan kita hamba yang sentiasa memerlukan  perhatian Allah Taala...dan ia juga membantu untuk kita merendahkan diri hidup di dunia ini kerana tiada suatu pun yang akan berlaku tanpa izin dariNya.

Setiap langkah, keputusan dan akibat yang berlaku kepada kita adalah kerana perbuatan kita sendiri. Sesuatu keadaan itu tidak akan berubah kecuali kita yang ingin mengubahnya. Oleh itu sentiasa berdoa mohon petunjuk darinya adalah senjata yang terbaik untuk memastikan Allah sentiasa bersama kita dan menghindarkan diri kita daripada menjadi riak atau takbur dgn merasakan setiap kebaikan yang berlaku dalam hidup kita adalah kerana usaha kita sendiri tanpa bantuan dari sesiapa.

Di akhir zaman ini, banyak perkara yang berlaku di luar pemikiran kita yang waras dan kadangkala sukar dikawal oleh akal. Hanya doa yang dapat dimohon supaya iman sentiasa di dada dan menjadi benteng untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang mungkar.

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.