
Saya mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai (meriah ler). Tapi biasala bila adik-beradik ramai ni, macam-macam ragam dan semua kena pandai mengambil hati adik-beradik yang lain untuk menguatkan ikatan kekeluargaan. Amalan makan beramai-ramai, solat berjemaah dan melakukan aktiviti secara beramai-ramai antara kunci yang merapatkan hubungan sekeluarga.
Walaupun abah sudah lama meninggal dunia, tetapi masih terpahat diingatan segala ajaran dan larangan yang abah berikan. Semoga Allah merahmati kita semua dan doa kami semua semoga abah tenang dan berbahagia di sana. Amin.
Adik beradik terdiri daripada 10 orang (4 lelaki dan 6 perempuan). Seramai 6 orang telah berkeluarga dan semoga jodoh kami semua berpanjangan hingga akhir hayat, insyaAllah. Nama adik-beradik (Mohd Mahayudin, Siti Safura, Siti Marzidah, Siti Normazila, Mohd Salehudin, Siti Rogayah, Mohd Shahrudin, Mohd Saifudin, Siti Nakiah dan Siti Nur Atiqah).
Ini adalah barisan biras-biras (menantu) dalam keluarga..hehehehe...
Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang.Jangan sekali-kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang. Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya. ( saidina Ali Abi Talib ).
Ingatan Bersama
Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''
Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.