InsyaAllah hari Jumaat ni majlis cukur jambul untuk Riyadh Zafran..baru masuk 3 bulan anak mama nih. So mulai esok mama akan bercuti untuk preparation majlis ni dan juga majlis kahwin mak lang Riyadh pada hari Sabtu. Erm, mama tolong mana yang boleh jerlah.
Barang2 untuk Riyadh semua dah beli cuma nak masukkan dalam paper bag sahaja. Esok pagi mama nak kena balik kg dulu amik wajik, bahulu untuk ole2 tetamu nanti. Hopefully semuanya berjalan lancar. InsyaAllah.
Tuesday, May 25, 2010
Friday, May 21, 2010
Selamat Hari Guru



Tuesday, May 11, 2010
Dilema..
Dalam dilema bila insan tersayang meminta sesuatu yang berat kita nak lepaskan. Kepala asyik memikirkan keselamatan, kebahagiaan, keinginan insan tersayang. Kalau tidak dibenarkan takut mengundang kemurungan dalam kehidupan tapi jika dibenarkan perasaan bimbang membelenggu fikiran. Akhirnya, pasrah dan berserah kepada Yang Maha Kuasa. Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik. HambaMu hanya mendoakan semuanya berada di dalam keadaan baik.
Wednesday, May 5, 2010
Riyadh..


Zoo Melaka


Ahad minggu lepas, mama ada kerja di Melaka paginya. So mama ajak papa bawa anak2 ke sana la..sebab urusan mama kat Ayer Keroh pagi jer..so boleh lah jalan2 lepas tu. Riyadh yang kecil tu pun mama bawa jugak. Kak long sibuk ajak pergi zoo melaka..dulu mama bawa dia masa dia baby lagi macam riyadh.
Kak ngah demam..tapi bila dalam zoo tuh..sihat pulak dia tengok haiwan2 tuh..berpeluh badan dia. Mama ingatkan sihat la lepas tuh..rupanya balik rumah, malamnya demam panas smula. Alhamdulillah hari ni nampak ok skit dah. Riyadh pula mama tengok macam nak demam..hopefully anak2 mama semuanya sihat belaka. InsyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama
Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''
Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.
Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.