Alhamdulillah bersyukur kerana masih dapat merayakan aidilfitri bersama keluarga tersayang. Walaupun cuti yang singkat tetapi masa yang ada digunakan sebaiknya asalkan dapat bersama keluarga.
Disebabkan mak sudah tidak larat, kudrat sudah tidak kuat, maka kami sekeluarga membuat open house dengan harapan semua saudara akan datang masa tu. So mak boleh melayan tetamu dalam satu hari sahaja..selebihnya berehat dan mengunjungi saudara yang lain. Alhamdulillah makanan pun cukup dan tetamu pun seperti biasa lah tak pernah sikit..memang ramai..dan tetamu itu adalah yang membawa berkat pada rumah ini...maka raikan mereka..moga Allah merahmati kami sekeluarga.
Salam aidilfitri dan selamat berhari raya.
No comments:
Post a Comment