Lokasi : Kg. Pengkalan Ara Parit 6, Chenderong Balai, Sg. Manik, Teluk Intan, Perak.
Masa: Pagi
Aktiviti bermula dari pagi gotong-royong memasak untuk penyediaan makan tengahari. Lama tak berjumpa saudara sebelah ayah mertua so macam2 cerita la yang keluar. Seronok juga dan meriah sangat sebab terasa sangat suasana kampungnya. Mama pun orang kampung jugak tapi di sini suasananya tepi sawah ada parit depan rumah tapi mama tak berani la nak terjun.

Mama kena buat sambal gesek permintaan papa

Pasangan bahagia Abg. Joe dan Along

Menu tengahari iatu ikan baung masak lemak, ikan talapia salai dan beberapa lauk lain..nyum, nyum..laparr...

Hj. Mizan jadi tukang bakar ikan, jaga-jaga bang jgn sampai hangus

Ahli veteran kampung Pengkalan Ara Parit 6..hehehe...

Makan time, hehehehe..semuanya menyerang makanan termasuk mama ...sedapp..lauk kampung jer, alhamdulillah.