Thursday, January 26, 2012

Amanat Tahun Baharu KPT

Pagi ini mama bertolak ke PICC, Putrajaya untuk mendengar amanat tahun baharu daripada YAB Menteri KPT bersama rakan pejabat. Disini la dapat berkumpul dan bertemu dengan rakan-rakan dari kolej lain. Dewan A dipenuhi oleh warga KPT dan terdapat 8 Agenda yang dibentangkan 64 Inisiatif dan pembaharuan struktural untuk tahun 2012. Selamat maju jaya untuk semua warga KPT untuk meneruskan misi menaikkan taraf jabatan masing-masing.

 lama juga menteri berucap..so mama snap la skali..

 Tahniah kepada UTM, USM, UPM, UKM dan UM atas Pemberian Autonomi oleh KPT


Amanat dah selesai, so mama ambil gambar dulu sebelum pergi ke parking nak ambil kereta..hehehe..kenapa la mama parking jauh2..kan dah lenguh... so bertolak semula untuk masuk opis dan teruskan kerja yang sentiasa ada..hehehe...

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.