Wednesday, July 19, 2017

Kursus Perdana Bakal Haji Negeri Sembilan

Apabila kita dikumpulkan, walaupun hanya 1500 orang jemaah, sudah terasa kepadatan manusianya. Lokasinya di Masjid Paroi, Seremban dan dengan kawasan yang terhad, mmg terasa dugaan permulaan yang kecil bagi bakal jemaah.


Menariknya, dapat berjumpa dengan junior dan kawan2 dan juga saudara yang kita tidak tahu bahawa mereka juga menjadi sebahagian dengan kumpulan kita. Syukur alhamdulillah..hanya pujian kepada Allah dipanjatkan atas kurniaan ini. Dugaannya awalnya adalah dari segi makanan yang tidak cukup..tapi diri ini telah dinasihatkan oleh suami supaya tdak mengambil serius isu2 remeh macam tu..kalau x cukup makan..kita keluar cari makanan..simple shj..jgn dipanjang2kan...alhamdulillah...





kemudian dugaan air yang kecil dan on off semasa waktu peak nak solat dan mandi petang... dan kekangan masa yang lama perlu diambil kerana menunggu giliran apabila sesuatu aktiviti dijalankan disebabkan oleh jumlah jemaah yang ramai. Semua itu hanya ujian kecil atas kesabaran setiap insan. Namun ada juga yang kecundang..namun doa tidak putus dikirimkan kepada hamba Allah yang diuji kesabarannya untuk lebih bykkan istigfar sebelum kita menjejak ke tanah suci kelak.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.