Tuesday, July 18, 2017

Penerbangan Haji

Masanya telah tiba untuk berangkat ke Tanah Suci minggu hadapan. Pelbagai persiapan perlu dilakukan demi memastikan semuanya berjalan lancar. Perasaan bercampur baur samada suka, excited, terharu, sedih dan takut pun ada mengenangkan hamba yang serba kekurangan di sisi Allah ini ingin mengerjakan rukun islam kelima dan mejadi tetamu Allah. Semoga semuanya berjalan lancar.

Doa dan harapan sentiasa dibacakan untuk mendapatkan kekuatan jiwa terutama apabila mengenangkan akan meninggalkan harta syurgaku iaitu anak-anak kepada mak dan adik untuk menjaga mereka. Hanya Allah sahaja yang  dapat memberi ganjaran pahala kepada mereka yang mengorbankan tenaga untuk menjaga zuriatku. Doaku moga mereka sentiasa dimurahkan rezeki dan mendapat pahala yang besar atas ihsan menjaga anak syurgaku.

Ucapan tahniah dan kesyukuran tidak putus dikirimkan oleh kawan2 dan sanak saudara apabila menerima perkhabaran ini. Doa dan harapan mereka memberi kekuatan kepadaku untuk meneruskan perjalanan ini. Semoga Allah mengampuniku sentiasa dan melindungi kami suami isteri di sana. 29 Julai adalah masa akan bertolak ke bumi bertuah itu, semoga aku diterima sebagai tetamu Allah yang maha Esa.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.