Tuesday, December 30, 2008
6th Anniversary
Lama tak masuk blog, rindu rasanya. Maklumlah mama dah mula cuti 2 minggu lepas, so takde masa nak join blog nih. Sabtu 27 Disember adalah anniversary mama and papa. Seronok juga buat persiapan untuk makan malam tu. Mama buat beef steak special untuk papa. Nasib baik papa suka, anak-anak pun tumpang sekaki. Tetapi kita dikejutkan dengan kemangkatan Almarhum Tuanku Jaafar, YDPB N.Sembilan. Erm, sedih juga la tapi dah sampai ajalnya, apa yang kita boleh lakukan sedekahkan Al-Fatihah untuk almarhum.
Petang papa ajak mama keluar, katanya nak belikan hadiah anniversary, so mama pilih je la apa yang berkenan kat kedai tuh...hehehe..thanks papa belikan gelang untuk mama. Kak long ngan iloh pun sibuk memilih gelang untuk mama, tetapi dibuat main2 pulak. Nasib baik la cina kedai tu rajin melayan diaorang. Keluar kedai emas, kak long ngan adik pun dapat beg hadiah dari kedai emas tu sebab masing2 berebut nak beg mama punya, ermm..anak-anak macam tu la.
Papa pakaikan gelang tangan untuk mama..hadiah anniversary..hehehe
Harapan mama semoga perkahwinan kita berkekalan hingga akhir hayat. Dan yang paling penting hidup kita sekeluarga sentiasa diberkati Allah dengan limpahan rezeki yang halal dan berkat untuk kesejahteraan hidup. Kalau ada masa mama masukkan la sekeping dua gambar dalam ni.
Friday, December 19, 2008
Sama tapi tak serupa -Ver. 2
Thursday, December 18, 2008
Kerenah Insyirah (iloh)

Wednesday, December 17, 2008
Sambutan Hari Kualiti, KPTM
Hari ini mama kena ikut pergi ke Putrajaya sempena sambutan Hari Kualiti 2008, KPTM. Acara berlangsung dari pagi lagi tapi mama sampai lewat 30 minit la. Biasa la bergerak pagi dari rumah, jalan memang sesak sikit la sebab org pergi kerja. Sampai dekat Auditorium Kompleks E, Putrajaya, KSU KPTM sedang berucap tapi kira ok la tu takde la terlambat sangat. Mama sempat snap beberapa gambar untuk hilangkan kebosanan..hehehe...
Ini adalah persembahan daripada 3 kumpulan yang terpilih ke peringkat akhir untuk Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK). Bagus juga kajian mereka walaupun ada kekurangan tetapi masih boleh diperbaiki.
Waktu nak balik, mama tengok pokok yang mak mama tengah tanam sekarang. Dia suka sgt pokok ni, so mama ambil la gambarnya nak tunjuk kat mak rupa pokok tu bila dah besar nanti. Lepas habis acara pagi mama balik ikut Ketua Jabatan sebab sebelah petang baru Menteri datang dan Pengarah mama pun ada petang ni untuk ambil hadiah Pertandingan Laman Web. Kolej mama dapat nombor 3, kira ok la tuh. Sampai rumah terus tidur keletihan dan pukul 5.30 baru pergi ambil anak2 kat rumah pengasuh.

Monday, December 15, 2008
Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Penasihat Kolej
Alhamdulillah, majlis ini dapat dijalankan dengan baik. Kerjasama dari semua pihak membantu melancarkan perjalanan majlis. Selepas selesai majlis, balik rumah, mama memang rasa kepenatan sangat. Ingatkan nak balik rumah Seremban, tapi tak laratlah. Mama tidur sampai petang kemudian barula badan rasa segar sikit.
Sebelum majlis :

Lawatan menteri ke ruang pameran pelajar komputer
Selesai majlis ni, leganya rasa sebab 2 minggu buat preparation. bimbang juga kalau menteri batalkan program ni. Nasib kami baik sebab untuk program di kolej lain minggu depan telah dibatalkan dan ditunda. Maknanya cuti semester ni diaorang kena kerja la tu prepare for this program. Kolej mama dan selesai,,so boleh bercuti next week... nak bercuti ke mana ek??...hubby tak decide lagi tu...

Friday, December 5, 2008
Majlis MP di kolej
Pada minggu ini, kolej sedang sibuk untuk preparation kehadiran Member of Parlimen ke kolej mama. Mama sebagai JK Sambutan bertanggungjawab untuk menyediakan cenderahati untuk Datuk dan pegawai-pegawai lain yang datang. Pening juga nak memikirkan cenderahati yang sesuai. Tetapi apa yang mama nampak adalah semangat kerja berpasukan penting dalam event macam ni. Nasib mama dapat kerjasama yang baik dari semua pihak untuk mendapatkan idea.
Hari ini (Jumaat) adalah hari lawatan rasmi Datuk Lilah dan kami perlu membuat persiapan rapi untuk lawatan beliau. Pagi ni mama sibuk prepare surat jemputan untuk VIP sempena lawatan menteri Pengajian Tinggi Malaysia (Datuk Seri Khalid Nordin ) ke sini pada minggu hadapan. Sebagai setiausaha kena la buat kerja lebih sikit terutama sekali tentang surat panggilan mesyuarat untuk semua Jabatan yang ada di Daerah ini dan macam-macam lagi. Entahla kalau fikirkan letih juga tambahan pula dalam keadaan minggu final exam sekarang ni, tetapi nak buat macamana. Urusan menteri ni kita bukan boleh jangka sebab kita kena follow jadual diaorang. Tengok menteri tersebut available bila, so time itu lah kita dapat buat majlis. Tetapi semua ini pengalaman berharga bagi mama kerana bukan selalu kita dapat jumpa menteri pengajian tinggi ni. Kalau jumpa pun dalam majlis rasmi yang besar, memang tak dapat nak tengok dekat2 la. Lagi satu waktu macam inilah kita tahu rakan sekerja kita yang sama-sama bersusah payah untuk menjayakan program ini dan juga yang mengelat buat kerja. Itu normal lah dimana-mana pun ada individu macam ini. Takpelah, itu hal diaorang yang penting setiap amanah yang diberi perlu dilaksanakan sebaik mungkin. InsyaAllah.

Monday, December 1, 2008
Menjelang Hujung Tahun
Alhamdulillah, mama baru balik dari kursus PC Maintenance di Ancasa AllSuite Hotel, Port Dickson. Banyak info yang diperolehi dan kemahiran dalam maintenance pc yang boleh mama apply kan semasa kuliah nanti. By the way thanks to organizer coz beri chance utk mama attend course ni.
Bilik tidur utama mengadap laut. Romantik la pulak tapi besar sangat, mama takut sorang.

Minggu ni keletihan sikit sebab habis kursus mama balik Seremban 3 dan bila hari ahad tu pegi ke rumah mertua sebab jirannya kenduri. So lepak la kat sana sampai petang baru balik kg. Nak balik ke K.Pilah, bimbang juga sebab mama tak bawa baby car sit, so mama bawa keta mama dan papa bawa anak2 naik keta naza la. Mama just follow dari belakang dan alhamdulillah perjalanan selamat sampai ke rumah.
Isnin start keja dan minggu mula final amali untuk technical module, so mama kena hari Khamis ni. So sibuk la prepare untuk carry mark student sebab lama tak duduk kolej so nak prepare takut ada yang silap. Good luck for all my students, wish u all d'best.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama
Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''
Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.
Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.