Friday, December 5, 2008

Majlis MP di kolej

Pada minggu ini, kolej sedang sibuk untuk preparation kehadiran Member of Parlimen ke kolej mama. Mama sebagai JK Sambutan bertanggungjawab untuk menyediakan cenderahati untuk Datuk dan pegawai-pegawai lain yang datang. Pening juga nak memikirkan cenderahati yang sesuai. Tetapi apa yang mama nampak adalah semangat kerja berpasukan penting dalam event macam ni. Nasib mama dapat kerjasama yang baik dari semua pihak untuk mendapatkan idea.

Hari ini (Jumaat) adalah hari lawatan rasmi Datuk Lilah dan kami perlu membuat persiapan rapi untuk lawatan beliau. Pagi ni mama sibuk prepare surat jemputan untuk VIP sempena lawatan menteri Pengajian Tinggi Malaysia (Datuk Seri Khalid Nordin ) ke sini pada minggu hadapan. Sebagai setiausaha kena la buat kerja lebih sikit terutama sekali tentang surat panggilan mesyuarat untuk semua Jabatan yang ada di Daerah ini dan macam-macam lagi. Entahla kalau fikirkan letih juga tambahan pula dalam keadaan minggu final exam sekarang ni, tetapi nak buat macamana. Urusan menteri ni kita bukan boleh jangka sebab kita kena follow jadual diaorang. Tengok menteri tersebut available bila, so time itu lah kita dapat buat majlis. Tetapi semua ini pengalaman berharga bagi mama kerana bukan selalu kita dapat jumpa menteri pengajian tinggi ni. Kalau jumpa pun dalam majlis rasmi yang besar, memang tak dapat nak tengok dekat2 la. Lagi satu waktu macam inilah kita tahu rakan sekerja kita yang sama-sama bersusah payah untuk menjayakan program ini dan juga yang mengelat buat kerja. Itu normal lah dimana-mana pun ada individu macam ini. Takpelah, itu hal diaorang yang penting setiap amanah yang diberi perlu dilaksanakan sebaik mungkin. InsyaAllah.

1 comment:

Anonymous said...

cehhh pro kerajaan....apo laa...

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.