Tuesday, December 30, 2008

6th Anniversary

Cheese Cake - salut dengan Cappucino..nyum..nyum..
Lama tak masuk blog, rindu rasanya. Maklumlah mama dah mula cuti 2 minggu lepas, so takde masa nak join blog nih. Sabtu 27 Disember adalah anniversary mama and papa. Seronok juga buat persiapan untuk makan malam tu. Mama buat beef steak special untuk papa. Nasib baik papa suka, anak-anak pun tumpang sekaki. Tetapi kita dikejutkan dengan kemangkatan Almarhum Tuanku Jaafar, YDPB N.Sembilan. Erm, sedih juga la tapi dah sampai ajalnya, apa yang kita boleh lakukan sedekahkan Al-Fatihah untuk almarhum.
Petang papa ajak mama keluar, katanya nak belikan hadiah anniversary, so mama pilih je la apa yang berkenan kat kedai tuh...hehehe..thanks papa belikan gelang untuk mama. Kak long ngan iloh pun sibuk memilih gelang untuk mama, tetapi dibuat main2 pulak. Nasib baik la cina kedai tu rajin melayan diaorang. Keluar kedai emas, kak long ngan adik pun dapat beg hadiah dari kedai emas tu sebab masing2 berebut nak beg mama punya, ermm..anak-anak macam tu la.Papa pakaikan gelang tangan untuk mama..hadiah anniversary..hehehe
Insyirah sibuk la menyuap mama, kak long pula nak menepek juga
Harapan mama semoga perkahwinan kita berkekalan hingga akhir hayat. Dan yang paling penting hidup kita sekeluarga sentiasa diberkati Allah dengan limpahan rezeki yang halal dan berkat untuk kesejahteraan hidup. Kalau ada masa mama masukkan la sekeping dua gambar dalam ni.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.