Wednesday, December 17, 2008

Sambutan Hari Kualiti, KPTM

Hari ini mama kena ikut pergi ke Putrajaya sempena sambutan Hari Kualiti 2008, KPTM. Acara berlangsung dari pagi lagi tapi mama sampai lewat 30 minit la. Biasa la bergerak pagi dari rumah, jalan memang sesak sikit la sebab org pergi kerja. Sampai dekat Auditorium Kompleks E, Putrajaya, KSU KPTM sedang berucap tapi kira ok la tu takde la terlambat sangat. Mama sempat snap beberapa gambar untuk hilangkan kebosanan..hehehe...
Ini adalah persembahan daripada 3 kumpulan yang terpilih ke peringkat akhir untuk Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK). Bagus juga kajian mereka walaupun ada kekurangan tetapi masih boleh diperbaiki.
Waktu nak balik, mama tengok pokok yang mak mama tengah tanam sekarang. Dia suka sgt pokok ni, so mama ambil la gambarnya nak tunjuk kat mak rupa pokok tu bila dah besar nanti. Lepas habis acara pagi mama balik ikut Ketua Jabatan sebab sebelah petang baru Menteri datang dan Pengarah mama pun ada petang ni untuk ambil hadiah Pertandingan Laman Web. Kolej mama dapat nombor 3, kira ok la tuh. Sampai rumah terus tidur keletihan dan pukul 5.30 baru pergi ambil anak2 kat rumah pengasuh.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.