Thursday, August 20, 2009

Ahlan Wa Sahlan Ramadhan

Seronok rasanya bila nak menyambut Ramadhan. Sempena bulan penuh keberkatan ini mama berharap family mama sentiasa mendapat barakah dariNya. Ofis mama hari ini membuat jamuan ringkas sempena sambutan Ramadhan ini dan juga meraikan birthday staf.

Makanan yang disediakan memang meriah tetapi mama tak berani nak makan banyak sangat takut meragam pulak tekak ni nanti. Orang kata perempuan mengandung ni makan tak boleh banyak tapi kerap takpa. So mama just makan buah-buahan je yang lebih. Hopefully Ramadhan ini mama dapat melaksanakannya dengan sempurna. Maklumlah sekarang ni mama tengah alahan walaupun takde muntah2 tetapi badan mama cepat letih. Lemah sangat bila menjelang petang dan kakalu balik kerja memang mama baring jer dulu. nasib baik papa very understand, dan sanggup tolong mama buat apa2 kerja kat rumah. Thanks hubby, i love you dan tak lupa puteri2 mama yang cute, be a good girls. Mama tengah tak sedap badan sekarang ni ,so papa yang banyak melayan kerenah diaorang. Sian anak mama tapi takpela mama selalu doakan supaya badan mama cepat sihat dan boleh cergas seperti sebelum ini.

Bulan puasa ini pun rasanya mama masih lagi kerja di Seri Kembangan ni. Entah bila la dapat pindah ke opis mama. Banyak sangat masalahnya tetapi mama harap berkat bulan ramadhan ni, semua masalah dapat diselesaikan dengan baik. Kalau hari2 berulang ke sini mama takut jer badan mama tak larat jadinya. Bila fikirkan nak siapkan juadah berbuka lagi, mama risau juga sebab mama memang lembik bila dah petang2 ni. Tapi mama harap something miracle happen to me, manalah tahu bulan puasa ni badan mama cepat sihat dan alahan mama cepat hilang ke.. kalau tidak makan lauk kodai je lah jawabnya. Sian pulak dengan papa..ntah la...Ya Allah berilah kekuatan pada hambamu ini..Amin.

Minggu ni tak tahu la nak balik puasa kat mana,, k.pilah ke port dickson?.. mama malas nak buat keputusan semuanya terserah kat papa.. kalau ikut kak long nak balik kampung jumpa sepupunya, maklumlah cuti sekolah geng2 dia semua balik. Mama tak kisah balik mana2 pun asalkan semua happy sudahla dan papa ada bersama sebab lately papa selalu sibuk jer..sunyi pulak rasanya, so bila cuti hujung minggu jelah waktu nak spent time together.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.