Monday, August 17, 2009

Perginya Andah Odahiloh ke Mesir

08.08.2009 (Sabtu)

Hari ini persiapan terakhir di kampung mama odahiloh sebab andah nak pergi Mesir malam ni. Semua orang sibuk membuat juadah yang boleh di bawa andah ke sana. Uwan odahiloh sibuk menolong andah mengemas begnya yang besar tu. Kalau terlebih berat kena bayar lebih la. Tapi mama kata mesti dah terlebih berat dah.

Orang perempuan ni memang banyak barang nak dibawanya. Itupun ada satu dua barang yang along dah suruh andah tinggalkan sebab tak pakai masa kat sana nanti. Sian pulak tengok andah sebab mukanya dah keruh jer ari nih. Agaknya dah terasa yang dia nak tinggalkan kampung dan nak pergi jauh tu. Maklumlah nak belajar sana sampai 3 tahun lepas tu baru balik Malaysia semula. Kalau nak balik sebelum habis belajar kena bajet la kalau ada rezeki boleh la nak balik.

Tapi bagi mama rasanya tak lama 3 tahun tu. Better consentrate study di sana dan bila dah selesai boleh balik Malaysia. Mama odahiloh Cuma doakan anda selamat sepanjang berada di sana dan pandai bawa diri dengan budaya orang timur tengah di sana. Lagipun andah sudah diberikan pendedahan persediaan nak ke Mesir di Pusat Dakwah selama sebulan. So rasanya andah dah bersedia mental dan fizikal. Apa yang family mama harapkan keselamatan dia di sana terjamin.

Sebelum ni family mama yang pergi ke sana Cuma lelaki sahaja. Takde family perempuan yang pergi so rasa bimbang sikit la. Tapi bila tengok rombongan yang akan pergi ke sana, insyaAllah andah boleh biasakan diri kot nanti. Cuma harapnya kalau ada ape2 hal boleh la hubungi mama melalui blog mama odahiloh ke, blog pakcik saleh ke, paklong ke dan ramai lagi. Sistem komunikasi semakin canggih so banyak berita boleh sampai dengan cepat.

Nanti mama masukkan sikit permandangan sepanjang proses pemergian andah di KLIA. Maklumlah semua pelajar kena berkumpul pukul 12 tgh malam tapi flightnya nak bertolak jam 4 pagi. So lama juga la family mama odahiloh di airport tu. Ada masa mama upload , ok.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.