Monday, August 17, 2009

Ihya Ramadhan di Dataran Senawang

Sambutan Ihya Ramadhan di Dataran Senawang pada 16 Ogos 2009 Ahad semalam. Kak long ambil bahagian dalam pertandingan mewarna, hafazan dan busana muslim. Semua pertandingan kak long nak masuk. Sebenarnya cikgu pastinya kata kak long masuk Hafazan sahaja dan yang lain dah ada orangnya. Tapi bila sampai kat sana semalam, semuanya kak long join . Mama pun tak faham. Agaknya kawan dia yang masuk tu tak datang kot.

Mama memang suka kak long masuk pertandingan macam ni sebab setiap malam dia menghafal di rumah dan mama papa sebagai cikgu yang tasmiq dia la. Alhamdulillah kak long dapat juga nombor 3 daripada 12 orang peserta untuk hafazan. Busana muslim dan mewarna memang dia kalah la tapi at least kak long dapat juga hadiah. Mama risau juga kalau kak long tak dapat langsung nombor nanti dia nangis puasla mama papa nak pujuk. Mama suka menggalakkan kak long join program macam ni sebab mama nak ajar dia supaya berani berdepan dengan orang ramai. So far sejak dia join nasyid sampai ke Kedah tahun lepas, mama rasa dia takde masalah gemuruh ke malu ke. Mama tengok muka dia relaks jer dan bila nama dia dipanggil tak sabar2 nak naik pentas.
Hadiah yang kak long menangi..seronok dia..


Tunggu turn naik pentas untuk pertandingan Busana Muslim
Adik yang sudah kebosanan..penat tunggu
Kak long tengah membaca ayat hafazan
Permandangan semasa pendaftaran peserta
Barisan peserta Busana Muslim

Program pagi ni adalah untuk semua PASTI di Negeri Sembilan untuk penyertaan. Tapi normally PASTI dari Seremban yang ramai join sebab berdekatan kan. Kak long wakil sekolahnya untuk hafazan. Suka cikgu dia bila kak long memang walaupun dapat nombor 3. Mama ngan papa pun happy bila tengok muka kak long puas hati jer.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.