Wednesday, March 17, 2010

Kesihatan

Penat juga menjaga diri dalam pantang nih. Lepas operate kali ke-3 ni mama tak berani nak makan ubat sebarangan sebab masa operation hari itu ada juga bahagian dalaman mama yang kena betulkan. Sebab kalau ikut kata dr ada beberapa bahagian yang melekat2 hasil drpd operation yang lalu. Actually itu adalah antara risiko semasa membuat pembedahan untuk bersalin. That's why la masa mama check up kat hospital kerajaan diaorang gesa mama ikat terus lepas bersalin yang ke-3 nih.

So bila refer pada specialist nih, dia tgk condition mama kalau keadaan dalam perut masih ok so potensi untuk menambah sorang lagi cerah. Alhamdulillah walaupun ada beberapa bahagian yang perlu dibaiki semula. So walaupun dah 20 hari mama belum mengambil sebarang jamu atau suplement tambahan. Dr nasihatkan tunggu hingga sebulan, baru boleh try ambil sebarang ubat makan dalaman.

Semoga mama cepat sihat dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Anak-anak mama sihat, papa sihat, barulah senang hati semua. InsyaAllah.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.