Monday, March 8, 2010

Selamat Bersalin

Alhamdulillah pada 25 Feb yang lalu, mama selamat bersalin di KPJ Seremban Specialist Hospital. Proses pembedahan pun takda apa2 komplikasi, mama rasa syukur sangat. Terima kasih pada semua yang mendoakan mama. Mama dapat baby boy..alhamdulillah tercapai hajat nak dapat anak lelaki. Berat 3.03 kg jam 8.40 pagi hari khamis. Mama ingatkan nak bersalin hari Jumaat sempena Maulud Nabi tapi keadaan tidak mengizinkan so kena cepatkan pembedahan. So baby mama lahir pada 11 Rabiulawal 1431H.

Tak berkesempatan mama nak berbalas sms ngan kawan2 sebab keadaan mama yang tidak sihat memandangkan ini kali ke-3 mama operation. So banyak yang kena repair kat dalam perut tuh, so agak meyakitkan sikitlah berbanding yang dulu. That why mama pilih specialist hospital for this time sebab mama rasa ada something yang mama kena jaga. So alhamdulillah mengikut doktor mama masih boleh mengandung seorang lagi so tak ikat lagilah. InsyaAllah kalau badan mama sihat tiada masalah 3 tahun lagi bolehlah tambah sorang lagi. Itu semua kuasa Allah, kita merancang sahaja.

Pengalaman kali ini memang berlainan, memandangkan keadaan hospital, kemudahannya, servicenya dan paling mama suka sebab papa berpeluang masuk kedalam operation theater untuk tengok pembedahan mama. So papa sentiasa ada di sisi mama semasa pembedahan dan dia dapat tengok baby kami dikeluarkan dari perut. Papa kata memang mengagumkan kuasa Allah ni dan mama pun kurang takut bila papa ada temankan mama semasa operation tuh. Sekarang ni mama dalam proses berpantang di kampung. InsyaAllah diharap mama dan baby sentiasa sihat selalu. Amin.

2 comments:

Ummi... said...

zila...patutlah senyap ajer...dah bersalin rupernyerrr.... Tahniah ya, dpt baby boy.....

Anonymous said...

Tahniah zila dan pasangan..semoga lebih berbahagia hendaknya..selamat menempuh alam berpantang pulak..~ dc957382

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.