Wednesday, December 30, 2015

Cerita 2015

Ini post terakhir bagi tahun 2015. Pelbagai dugaan dan kegembiraan yang diperolehi pada tahun ini. Perkara yang paling mengembirakan adalah kelahiran anak yang keempat Raihanah yang sangat comel..besyukur atas nikmat yang Allah kurniakan ini.

Dari awal tahun mama struggle urusan kerja demi memastikan sepanjang tempoh bercuti bersalin tiada masalah yang tinggal..dan syukur semuanya berjalan lancar seperti yang telah mama rancang dari awal. Semua dengan izin-Mu ya Allah...dan mama bersyukur apabila berperanan untuk memudahkan urusan kerja org lain...kemudian cuti bersalin dengan selesanya..kemudian mulakan tugas semula dalam keadaan selesa kerana banyak urusan yang telah selesai..hanya tinggal untuk mendapatkan feedback atau follow up sahaja.

Next year mama plan benda yang sama disamping mewujudkan beberapa projek baharu bersama team mama untuk memantapkan pengurusan kerja unit mama. Semoga semuanya berjalan lancar.

Pada tahun ini juga anak mama Raudhah menjalani peperiksaan penting iaitu UPSR dan alhamdulillah memperolehi 4A1B..mama sentiasa positif dengan setiap ketentuan-Nya. Proses untuk kemasukan tingkatan 1 amat sukar apabila anak mama terpaksa menghadiri sesi interview di semua sekolah yang dipohon. Kali pertama interview di sekolah Maahad hampir 400 orang calon..dan jumlah pelajar yang nak diambil hanya 60 orang sahaja..very challenging..
Kemudian..esoknya temuduga di sekolah Nilai..begitu juga 400 org tapi nak ambil 60 org sahaja...then esoknya di SMKA..ini lagi mencabar sebab 750 org calon dan nak ambil 120 orang sahaja..mama tetap tunjukkan sikap positif pada anak walau pun rasa anak sudah macam sedih tgk jumlah yang ramai memandangkan ramai calon 5A di sana. Kemudian interview di sekolah aliran agama...ramai juga dan nak ambil 60 org juga..erm..agaknya sekarang ni nak masuk sekolah agama memang susah ye..terlalu ramai mohon..so kena buat interview.

Seminggu kemudian..result keluar..first maahad..tidak berjaya..so kena buat surat rayuan..datang jabatan isi borang rayuan..then sekolah Nilai..tidak berjaya...pergi hantar lagi surat rayuan..then selang 2 hari lepas tu SMKA..BERJAYA!!!...ohhh..gembira sgt sebab itulah sekolah yang paling tidak confident akan dapat memandangkan calon ramai sgt masa interview...then sekolah aliran agama..pun berjaya dapat...syukur..kemudian..jabatan call semula kata berjaya ke sekolah menengah agama sains..sekolah yang bagus juga..then Nilai call pula..rayuan berjaya..so sekarang ini dugaan lain pula yang tiba...iaitu membuat PILIHAN. Sekolah SMKA tidak menyediakan asrama padahal itulah sekolah yang paling anak suka..then buat rayuan asrama..hingga 3 kali ke sekolah tu mohon..akhirnya..berkat kesungguhan papanya..berjaya juga dapat asrama...bersyukur tak terhingga..so anak tolak lah 3 sekolah yang telah berjaya dapat.

Hasil pengalaman ini mama dan papa telah menyedari bahawa setiap perkara itu perlu dilakukan bersungguh-sungguh dan mesti berusaha. Untuk mendapat sesuatu yang terbaik..perlu bersusah-susah dahulu..penat call sana sini..call org jabatan..call kawan2..minta tolong mana2 yang boleh tolong...tetapi bukan rezeki..then akhirnya merayu ke sekolah dgn menunjukkan kesungguhan,..dan anak pun bersungguh nak ke SMKA juga..mama berjaya juga...erm..syukur sangat..terima kasih ya Allah...so hujung minggu ni pendaftarannya..so cuti ni mama nak prepare barang asramanya....itulah cerita penutup tahun ini dgn dugaan untuk mencari sekolah terbaik untuk anakku..moga menjadi anak yang solehah dan cemerlang dalam pembelajaran.

No comments:

Award dari Vogue2704

Award dari Vogue2704

Ingatan Bersama

Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.''

Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.